Salam Mahabbah dan kemenangan...

1. Entah mengapa diri ini terdetik untuk berkongsi satu topik yg begitu kontroversi di zaman penuh tipu daya Yahudi dan golongan yg menyesatkan ini...

2. Sering aku ditanya mengenai soal Ilmu Tasawuf. dah berbuih rasanya mulut ni terang, kadang2 tu ade yg tak puas hati dan terus blah. entah ape2, tanye, pastu kita bg jawapan,nak marah2 plak... mybe inilah yg selalu diungkapkan oleh guru ttg dunia di akhir zaman. masing2 sibuk mempertahankan hujah masing2 hingga sggup memutuskan tali silaturrahim dan mencemuh segolongan ulama' mu'tabar yg tidak sehaluan dgn mereka.

3. Dalam hal ni, prinsip aku cukup mudah, drp aku terima pendapat orang yg hidup duduk kutuk ulama',berdebat pakai Al-Qur'an dan Hadis pakai makna zahir shj dan kadang2 tu,sibuk membid'ahkan segolongan umat Islam yg beribadah yg kononnyantak ikut sunnah, lebih baik aku ikut Tok Guru aku yg hidupya penuh dgn amal ibadah, bercakap dgn penuh mendalam dan bermakna,mengajar pakai Kitab2 para ulama' mu'tabar, dan pakaian yg penuh zuhud. Lgpun, bila tgok diri yg penuh jahil lg hina ini, aku perlukan bimbingan mereka yg beriman dan bertaqwa... aku memilih untuk bersama mereka yg hidup dan mati mereka bkan utk dunia semata2, bahkan RedhoNya selaku pemilik diri ini.

4. Tasawuf adalah satu Ilmu yg membicarakan soal pembersihan jiwa.
kalau kebersihan luaran, kita belajar Feqah, then, kita blajar Usuluddin utk kenal Allah secara Berdalil,kemudian kita belajar ilmu ihsanuddin utk membersihkan dalaman dan sebagai kenderaan untuk sampai keHadratnya.

5. Persoalan Ilmu Tasawuf atau Ihsanuddin bertitik tolak drp hadis baginda Nabi atau lebih dikenali dgn hadis Jibril, tika mana Nabi didatangi saidina Jibril a.s yg menyerupai seorg lelaki."...apakah maksud Ihsan..? jawab Nabi, kamu mengabdikan diri kpd Allah seolah2 kamu melihat Allah dan kalau kamu x dapat melihat Allah, maka rasailah bhwa Allah melihat kamu..kata Jibril, kamu benar..."

5. Tasawuf dlm perbincangan ulama' terbahagi kpd 2. pertama adalah teori, kedua adalah amali.Teori adlh kita belajar by kitab, mcm Penawar Bg Hati, Hikam dan Siri Tasawuf... Satu lg, amali. iaitu kita amalkan wirid dan zikir2 yg ada Sanadnya atau kata lain, amalan Thorikat.

6. Ahli Tasawuf atau lbih dikenali Ahli Sufi begitu pentingkan soal hati. So, mereka akan cuba tggalkan perkara sia2, makruh dan apatah lg haram. dalam masa yg sama pkara sunat diperhebatkan mcm perkara wajib.yg wajib lg la...

7. hari ini kita perhatikan mereka yg berjuang melaung2kan khilafah serta pembinaan tarbiyah. mereka ni tahu x,yg khilafah mustahil dpt diwujudkan jika element tasawuf tidak menjadi salah satu elemen yg penting dlm perjuangan mereka.

8. BUKTI, cuba soroti sejarah dan kitab2 ulama' silam...Bagaimana Mujaddid2 setiap kurun menjadikan ilmu Tasawuf sbg ilmu yg ckup crucial dlm diri mereka dan orang sekeliling mereka.
-Sultan Muhammad al-Fateh yg dididik purely based on sufism oleh Syaikh Bayram yg menjadi syeikh dlm Thorikat Naqsyabandiah.Itulah sebaik pemimpin, memimpin sebaik2 tentera dan rakyat.

-Imam al-Ghazali yg tinggalkan jawatan selaku rektor universiti semata2 berhijrah mencari kedamaian hati hingga rela menjadi anak murid seorang tukang kasut yg sebenarnya seorang sufi yg besar,lantaran drp itu, beliau dpt mengarang kitab Ihya' ulumuddin yg Baginda Rasulullah sendiri, saidina Abu Bakar dan Umar membenarkan kitab itu melalui mimpi beliau.(rujuk Minhaj ul Abidin)

-Imam Hassan Al-Banna yg diwaktu mudanya didedahkan dgn amalan zikir Thorikat(kalau x silap Thorikat Syathoriyah)hingga berupaya menubuhkan gerakan terbesar yg berusaha menegakkan kembali khilafah hingga hari ini gerakan yg dikenali dgn IKHWANUL MUSLIMIN itu semakin berkembang.

-Utk pejuang tanah Air dlm PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy yg ketika mjdi Presiden PAS, berupaya mengembangkan PAS hgga mendapat tempat dihati pemuda/i dan momentum itu masih segar dalam jiwa pemimpin2 PAS sekarang.

Cukup ar tu... da byk dah. kalau x puas hati, kaji dan cari sendiri kisah dan riwayat hidup beberapa tokoh terkemuka Islam dalam dan luar Tanah Air. mereka adalah Bukti yg apabila part Tasawuf dijadikan element penting, ia berupaya mewujudkan momentum dakwah dalam diri dan dalam gerakan Islam. tokoh2 wali seperti Tok bahaman, Tok Janggut, Syeikh Pulau Manis dan Syeikh Daud al-Fathoni, mereka adalah waliullah yg sebenarnya adalah sufi.

9. Pengakhiran, renungilah kata2 ini,
"setiap wali adalah sufi,
setiap sufi adalah wali"
(huraian dlm kitab Mengenal Diri dan Waliullah,Mustafa Al-Jiasi)

WALLAHUA'LAM...
SEBARANG KOMEN DAN SOALAN AMATLAH DIGALAKKAN.

Read more

Tahniah pahlawan keamanan!

Written by pahlawan_kuda 1 comments Posted in:

1. Ogos bermula dgn melayarkan satu peristiwa penting dalam satu lg episod kekejaman dan kesombongan parti pemerintah tanah air apabila hak dan kebebasan rakyat yg terkandung dalam Undang2Perlembagaan(Federal Constitution) article 10 yg menyatakan hak dan kebebasan bersuara(fredom of speech).

2. Usaha yg telah bermula semenjak penahanan D.S.Anwar Ibrahim 1997 dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yg totally kuasa diletakkan dibawah Eksekutif power, melalui Kementerian Dalam Negeri. Bermakna akta ini secara mudahnya dapat dimanupulasi oleh segolongan orang terutama golongan pemerintah kerana mereka memegang kuasa Eksekutif melalui majoriti kerusi Dewan Rakyat.

3. Nah,1 Ogos 2009,sekali lg Malaysia menyaksikan adegan manipulation of power parti pemerintah tanah air.

4. memang teruja untuk diri ini bersama2 pejuang bangsa dan keadilan ini, tetapi apakah daya,terpaksa membatalkan hasrat itu atas sebab commitment lain yang tidak dapat dielakkan... Namun, Hati ini masih berkobar2 untuk meruntuhkan sistem yg sekian lamanya menjajah pemikiran bangsa dan rakyat Malaysia.

5. Apa2 pun, TAHNIAH diucapkan kepada para aktivis yg tidak menghiraukan kesan yg bakal diterima,rela turun untuk Berdemonstrasi demi keamanan dan keadilan di negara tercinta ini.

6. Kita sama2 selepas ini bukan sahaja meruntuhkan sistem kejam ini, Bahkan kita
sama2 berjuang membuang isme ini daripada terus menjajah pemikiran generasi kita.

7. HIDUP BUKAN UNTUK DIJAJAH!!!
BANGUNLAH ISLAM, BANGUNLAH UMMAH!
KITA SAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN!!!

Read more