1.Tertarik dgn statement yg telah dikeluarkan oleh Timb.Pgrh Keselamatan Jab Penjara, Supri Hashim apabila mendedahkan rekod, sebanyak RM35 diperuntukan bagi kos makan 5 kali sehari dibelanjakan kerajaan untuk semua banduan termasuk banduan asing di setiap penjara seluruh negara. Menjadi persoalan disini, RM35 seorang ke? Atau RM35 untuk setiap penjara diseluruh Malaysia? Tapi kita consider RM35 untuk makan minum 5 kali sehari kpd setiap penjara diseluruh Malaysia.

2.Statement seterusnya yg telah didedahkan adalah mengenai jumlah banduan di seluruh negara adalah 38,000 banduan di 31 buah penjara termasuk sekali 12,000 banduan asing,Pusat Pemulihan Akhlak(2800), Sekolah Henry Gurney(500) dan 12 tahanan ISA.

3.Bermakna RM35 x 31 buah penjara = RM1085 sehari. Tapi sebut kata banduan, takkan sehari ditahan tapi bertahun2. Jadi kalau didarab sebulan, jadi RM32,550. Dan didarab lagi setahun, jumlahnya RM 390,600. Bermakna pihak kerajaan akan memperuntukankan sebanyak RM390,600 setahun untuk makan dan minum sahaja kepada semua banduan di seluruh Malaysia.

4.Jumlah ni hanyalah kos makan dan minum, belum termasuk kos pakaian, peralatan seperti sabun,berus,dan sebagainya.. ditambah lg gaji pegawai Penjara, kos pengangkutan yg digunakan, alatan keselamatan dan lain2.. saya rasa kalau 1 Juta setahun pun belum mencukupi.

5.Ingin saya ambil perhatian org yg cerdik pandai di pihak legislatif(pembuat undang2) dan eksekutif(menteri2) supaya kembali menilai:
i.Duit yg digunakan adalah drp kerajaan yang mana asalnya drp rakyat.
ii.Mahasiswa mcm saya makan 3 kali je setiap hari,tu pun ada yg makan sekali je sehari sbb nak jimat duit. Duit tu pulak pinjaman yg kena bayar, bukan biasiswa.. maksudnya penuntut ilmu seperti kami kena berhutang sbb nak makan dan tanggung keperluan seharian kami seperti beli buku,nota dan kelengkapan harian,tp banduan yg buat salah semua ditanggung kerajaan.. Adil?
iii.sepatutnya banduan yg melakukan kesalahan Jenayah seperti merompak, mencuri,membunuh, merogol dan lain2 menanggung kesalahan mereka sendiri atau keluarga terdekat, tapi hakikatnya satu masyarakat terpaksa menanggungnya dgn menyalurkan duit hasil drp titik peluh kami kepada kerajaan seperti cukai dan kos2 sara hidup, duit itu pula digunakan utk menanggung banduan yg membuat kacau didialam masyarakat?

6.Analoginya: kita bekerja cari duit, then ada seorang perompak masuk ke rumah kita,pecahkan barang2 dlm rumah, sepahkan pakaian drp almari kita,dan kita dengan senyum mberikan sebahagian duit kepada perompak yang membuat kacau dan merosakkan rumah kita dan kita dengan rela hati berjanji nak beri lagi bulan depan..cerdikkah kita?

7.Seruan saya, saya menyeru semua masyarakat Malaysia terutama golongan mahasiswa agar peka dan sensitif terhadap realiti permasalahan yang melanda umat kita dewasa ini. Buat Ape Korang Jadi Cerdik Pandai, Tapi Xde manfaat Kepada Masyarakat. Sedarlah, sebahagian kemudahan yg kita kecapi di universiti adalah drp hasil titik peluh mereka yg bekerja di sawah,laut,kilang,pejabat dan sebagainya. Adilkah kita gunakan duit mereka semata2 untuk
kemudahan kita, kemudian bila kita dah grade dan dapat gaji beribu2 ringgit, kemudian goyang kaki di rumah tanpa mempedulikan nasib mereka yang ditindas, di zalimi dan dikhianati.

SAMA-SAMA KITA BERFIKIR YE KAWAN-KAWAN

Read more