Rakyat kita perlu diberi pendidikan akhlak

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:

1. Setelah saban masa meneliti perkembangan demia perkembangan dalam ruangan media alternatif yg kian mendapat tempat dihati seluruh golongan masyarakat dunia, kita dapati ruangan ini memberi byk peluang dan kesan kpd semua penggunanya.

2. Bermula drp revolusi yahoo messenger, ia berkembang kpd blog, ning, dan sekarang seluruh dunia seolah2 terpukau dgn pengaruh facebook. kalau sekarang xde fb,
"mak ai..nya kamu.."

3. x salah kita menggunakan fb, walaupun ianya dicipta oleh non muslim dan ada yg berpendapat bhwa ia didalangi yahudi, tetapi hakikatnya ia adalah diharuskan berdasarkan kpd kaedah fiqh yg amat mahsyur,"segala sesuatu adalah harus melainkan ada hukum yg menghukumnya".

4. FB adalah satu laman sosial yg telah di asaskan oleh seorg pelajar Havard bernama Mark Zuckerberg pada tahun 2008. selama 4 tahun, sebanyak 800 Juta pengguna diseluruh dunia menggunakan FB. lantaran drp itu, banyak syarikat menawarkan sejumlah wang bagi mempromosikan produk mereka dan sehingga tahun 2011, dia berjaya menjana sbanyak USD 4270.
(to be continue)

Read more

Generally ttg HUDUD,QISAS dan TAKZIR

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:


Alhamdulillah, puji2an yg maksimum buat Tuan alam, Allah Aazzawajalla yg amat berkuasa, serta selawat dan salam atas junjungan kekasihNya Saidina Muhammad S.A.W yg telah meninggalkan kpd kita 2 khazanah yg x amat hebat yg mampu menjadi pembimbing kpd seluruh generasi umat manusia x mengira zaman hgga ia diangkat pd waktu yg telah ditetapkan.

Bajet 2012 telah selesai dibentangkan oleh pihak kerajaan dgn mbawa seribu aspirasi rakyat tidak mengira bangsa sama ada golongan marhein, pertengahan dan golongan bangsawan. Saya komited menyuarakan sokongan saya terhadap Rang Undang2 Perbekalan itu dan melihat sbg satu perkara yg amat bagus dlm keadaan rakyat sedang dibebani dgn pelbagai tekanan hidup termasuk kewangan,tempat tinggal, kos sara hidup dan sebagainya. Cuma diharapkan agar ianya ditunaikan tanpa ada sebarang anasir mala fide baik drp pihak kerajaan mahupun golongan yg berpengaruh. Saya juga sangsi mengenai defisit yang bakal kita tanggung dan peningkatan kadar inflasi yang bakal melanda. Harapnya ia menjadi perhatian kerajaan.

Kita menyelami dulu beberapa isu dalam negara..

Baru2 ini Datuk Seri Najib telah mengambil langkah berani dgn menghapuskan Akta ISA(Internal Security Act),tetapi timbul persoalan, mengapa perlu 2 akta menyusul, sedangkan akta2 yg sedia ada telah mampu mengawal keamanan negara. Mengapa perlu lagi akta yg membenarkan seseorg ditahan tanpa bicara?? Bukankah itu hak asasi?? Kalau mereka tegar menyuarakan hak2 wanita, hak2 pengguna, mengapa tidak pada bab ini?? Sedangkan Federal Consti telah menggazetkan dgn jelas pada Fasal 5 hgga fasal ke 13 yang telah menjamin personal liberty atau hak2 asasi. Semoga akta baru itu menjadikan FC sbg asas.

Sebelum drp itu,riuh masyarakat membicarakan mengenai Hukum hudud. Ada yg berani keluarkan statement yg menampakkan kebodohan mereka, ada yg menanyakan pendapat drp artis2, ada yg terus mencemuh, malah sanggup mengeluarkan statement membantah pelaksanaannya diperingkat negari.. seolah2 ia satu undang2 yg baru dan sgt zalim..
Wahai org2 yg menggunakan kepala lutut dlm berfikir.. tidakkah kamu adalah seorang muslim??

Tidakkah kamu hidup ini dgn rahmatNya,maka kamu dpt makan, minum, tidur,bekerja,benafas dan lain2??

Tidakkah hukum ini telah lama dipraktiskan oleh sebuah empayar yg merangkumi 2/3 dunia pada suatu ketika dahulu??

Tidakkah kamu melihat testimoni kejayaannya dlm mengawal sebuah masyarakat hinggakan rekod dicapai, pada zaman awal ia di enforce kan hingga kewafatan Rasulullah, hanya terdapat 6 kes curi shj??

Teman2 sekalian,
Kita menilai sesuatu perkara bukanlah menurut logic akal semata2, malah perlu ada beberapa pdgn drp aspek rohani, moral dan agama. Setelah itu, barulah kita boleh judge sesuatu perkara itu elok atau tidak.. menyedari hakikat inilah,maka terdetik hati ini bagi menyambung kembali perbincangan mengenai Islamic Criminal Law atau Undang2 Jenayah Islam dlm ruangan sesawang ini.
Hukum jenayah syar’iyah sebenarnya hanya ada 3 jenis. Hudud, qisas dan takzir. Pada asalnya tiada pembahagian ini, namun ulama’ feqah(mazhab 4) telah membahagikannya kpd 3 bhgian bagi memudahkan generasi selepas mereka..Semoga Allah merahmati kalian semua..
Dibawah hukuman hudud, terdapat 7 jenis kesalahan.
1)mencuri.
2)merompak.
3)berzina.
4)minum arak.
5)murtad.
6)baghy(cubaan menjatuhkan kerajaan)
7)qazaf atau menuduh muslim yg suci berzina.

Ini sahaja hukuman hudud, dimana dalil pensyariatan serta hukumannya disebut secara khusus didalam dalil samada al-Qur’an atau hadith. Terdapat khilaf pendapat dikalangan fuqaha’ tentang jenis2 kesalahan hudud. Walaubagaimanapun, mereka ittifaq(sependapat) menyatakan bahawa hudud adalah pada zina,mencuri dan qazaf. Manakala yang selebihnya, mereka telah berbeza pendapat tentangnya.
Hudud adalah hukuman yg memang strict dan hak ini terletak di tangan Allah sahaja tanpa sebarang kompromi, melainkan dalam keadaan darurat. Pemerintah diwajibkan menguatkuasakannya tanpa sebarang soal(seperti kewajipan solat 5 waktu,puasa pada bulan Ramadhan,amar ma’ruf nahi mungkar etc) kerana hukum itu adalah bersifat Ta’abbudi (manusia x tahu secara khusus tentang pensyariatannya) hanya Allah yg tahu.

Manakala dibawah hukum qisas pula, terdapat hanya 3 jenis kesalahan.
1)mencederakan orang lain.
2)menggugurkan anak.
3)membunuh secara sengaja.
Hak Hukuman Qisas adalah 100% terletak kepada hak mangsa atau keluarga si mangsa. Cuma cara penghukumannya berbeza. Apabila mangsa atau keluarganya meminta agar dibalas balik, maka kerajaan akan mengenakan hukuman balas balik. Manakala jika mangsa atau keluarga mangsa meminta agar dikenakan diyat(membayar denda), maka si pesalah atau keluarga si pesalah diwajibkan membayarnya. Sebaliknya, jika mangsa atau keluarga mangsa memberi pengampunan tanpa sebarang bayaran denda, hak itu akan automatik beralih kepada pihak pemerintah bagi dihukumkan dibawah hukuman takzir.

Takzir adalah hukuman bagi semua jenis kesalahan yang tak termasuk dlm kesemua jenis kesalahan dibawah hudud dan qisas. Sebagai contoh: berjudi, mengedar dadah, rasuah, trespass(menceroboh), dan lain2. Takzir juga akan dikenakan jika syarat2 dalam hukuman hudud dan qisas tidak mencukupi (xcukup syarat). Seperti saksi zina hanya 3 org,sedangkan perlukan 4 org, atau mencuri tetapi x cukup kadar hukuman had(hudud).
Wallahua’lam.

Read more

Aidilfitri

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:

SALAM AIDIL FTTRI buat seluruh warga Malaysia dan warga dunia..

disaat kita menyambut aidilfitri,usah dilupakan mereka-mereka yang tak diberikan nikmat seumpama kita..

hayati nikmat Iman dan kasih sayang drp Tuhan kita..

semoga Allah merahmati kita semua..

kepada semua Alumni SMASID, my AIKOLians, my committee of Welfare secretariat of SRC, my friends of IIUM, kawan2 serta sahabat2 semua yg mengenali diri ini..

Read more

Puisi SeBERSIH BERSIHnya...

Written by pahlawan_kuda 1 comments Posted in:

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

A Samad Said

Read more

Bersubahat dalam melakukan jenayah

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:

Assalamualaikum, Alhamdulillah, setelah lama berdiam diri, hari ini terdetik untuk saya menyambung perbincangan kita tentang ICL. Secara lazimnya, perbuatan salah (criminal) kebanyakannya yg dibincangkan adalah jika ia dilakukan oleh seorang pelaku, bagaimana pula kalau ia dilakukan oleh ramai? maksudnya lebih drp 2 org? adakah sama hukumannya? Bagaimana pula jika org ke-2 hanya cover line? Adakah sama hukumannya macam si pelakunya? Jom kita sama2 bincang.

Undang-undang baik undang-undang syariah atau undang-undang civil, membincangkan perkara ini secara terperinci.Ia mudah kalau kita kenalinya secara jenayah mengambil bahagian (participation). Dalam undang2 civil,perlakuan ini dipecahkan kpd 3 bahagian, samada abetment atau conspiracy atau aiding. Manakala dalam undang2 syariah(ICL) pula, perbuatan mengambil bahagian dalam jenayah dipecahkan kepada dua jenis. Iaitu mengambil bahagian secara langsung (mubasyarah) dan kedua, mengambil bahagian secara tidak langsung( tasabbub). Kita tengok dulu dalam bab undang2 civil.
Pertama: Abetment adalah menolong secara memberikan galakan utk pelaku itu melakukannya seperti mengupah utk membunuh, atau mencabar pelaku utk membunuh dan pelbagai kata2 atau perlakuan yg dpt menyebabkan si pelaku melakukan jenayah itu. Peruntukan dlm undang2 malaysia adalah dalam Seksyen 107 dan Seksyen 120A Kanun Keseksaan (Penal Code).

Kedua: Conspiracy (perbuatan bersubahat) adalah pakatan untuk melakukan jenayah yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih. Conspiracy itu sendiri(per se) adalah jenayah. Maknanya, walaupun jenayah itu belum dilakukan, cukup sekadar membuktikan ada pakatan utk melakukan jenayah shj sudah cukup utk mensabitkan kesalahan. Isu terbaru, Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussein(Menteri Dlm Negeri) telah memfailkan saman keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim(mantan Timbalan Perdana Menteri) kerana menuduh beliau bersubahat dalam membuat rakaman video seks yg membabitkan 3 orang. Datuk Eskay, seorang pelacur dan seorang lagi yg di uar-uarkan sebagai Dato’ Seri Anwar. Jadi, dlm perkara ini, Anwar kena buktikan bahawa telah berlaku pakatan itu menurut peruntukan2 dlm Seksyen 120 A atau B. kalau DSAI gagal membuktikannya, beliau akan disabitkan kesalahan dibawah defamation atau fitnah dlm undang2 tort. Apa2 pun, let’s court decide it..

Ketiga: Aiding pula adalah perbuatan membantu seseorang penjenayah dgn cara menyediakan jalan. Contohnya, Ali memberi pinjam keretanya utk memudahkan Bakar merompak, atau Ali menyediakan rumahnya sbg sewa kpd Bakar utk membuka rumah pelacur tanpa lesen (DLM UNDANG2 DI MALAYSIA, KALAU ADA LESEN, BUKAN SHJ RUMAH PELACUR, TAPI JUAL ARAK DAN BUKA TEMPAT BERJUDI PUN DIBENARKAN.. APATAH LAGI MEMBUKA PUSAT HIBURAN DISKO, PUB, KONSERT DAN LAIN-LAIN LAGI.KALAU XDE LESEN, DIKIRA SALAH DISISI UNDANG2.. TAPI DALAM ISLAM, ADA LESEN ATAU XDE, TETAP SATU JENAYAH..)

Baiklah, itu semua dlm undang2 civil.. dalam undang2 jenayah islam pula, Ia lagi dalam dan terperinci.. saya huraikan secara mudah shj.. Dalam ICL, perbuatan mengambil bahagian secara langsung (direct), dibahagikan kpd dua bahagian. Secara Langsung dan secara tidak langsung.

Dalam perkara Subahat atau mangambil bahagian secara langsung, terbahagi kepada dua jenis.
Pertama: Jenayah yg dibuat secara beramai-ramai secara serentak, tanpa ada kesepakatan (tawaafuk). [Niat + xde pakatan = salah mengikut perbuatan masing-masing] Contohnya, Ali, Ahmad dan Abu, tak pernah kenal antara satu sama lain dan xde pakatan utk membunuh Bakar. Mereka dalam masa yang sama pergi ke rumah Bakar,dan beramai-ramai memukul Bakar sehingga pengsan. Dalam hal ini, tiap2 seorang bertanggungjawab terhadap kesalahan yg mereka lakukan masing2.. cthnya: Ali bersalah sebab patahkan kaki Bakar, Ahmad bersalah sebab butakan mata, dan Abu bersalah sebab mencederakan Bakar pada kepala sehingga dia pengsan. Kalau dalam kes membunuh, mereka akan diadili mengikut perbuatan masing2. Siapa yg mematahkan tangan mangsa, atau membutakannya, atau mematikannya, maka dia akan bertnggungjawab terhadap perbuatan mereka masing2. Tapi, kalau x dpt dikenalpasti, kesemuanya wajib membayar diyat 100 ekor unta.

Kedua: Jenayah yang dibuat secara beramai-ramai, dan mempunyai niat yang sama (tamallu’). [Niat + ada pakatan = semua salah] Contohnya Ali, Ahmad dan Abu bersepakat utk membunuh Bakar, lalu mereka beramai2 pergi ke rumah Bakar dan memukul Bakar sehingga mati. Dalam kes ini, kalau contohnya Ali hanya memegang tangan, atau hanya mengambil pisau dan diberikan kepada Abu, tanpa memukul atau menyentuh Bakar, kesemua mereka bersalah dan wajib dibunuh. Satu peristiwa dizaman Saidina Umar al-Khattab, apabila 4 org penjenayah drp Kampung Sin’ah telah berpakat dan membunuh seorang pemuda. Lalu Saidina Umar menjatuhkan hukuman bunuh kepada kesemua mereka. Kata Beliau, “kalau sekiranya kesemua penduduk kampung Sin’ah telah berpakat dan membunuh, akan aku bunuh mereka kesemuanya.”

Manakala, perkara bersubahat secara tidak langsung (indirectly), terdapat 3 keadaan yang boleh diklasifikasikan sebagai indirectly participation atau ishtirak bittasabbub. Sama ada:
1) Apabila mereka bersetuju untuk bekerjasama dalam melakukan jenayah yang sama. contohnya, Ali, Ahmad dan Abu sign kontrak untuk membunuh Bakar.
2) Apabila salah seorang memberikan galakan atau mencabar supaya jenayah dilakukan. Termasuk mengupah untuk membuat jenayah.
3) Apabila mereka tolong-menolong dalam melakukan jenayah. contohnya, Abu menyediakan rumahnya untuk Bakar melakukan zina.
Dalam permasalahan ini, Fuqaha’ berbeza pendapat dalam penetapan hukuman keatas mereka.

Jumhur berpendapat bahawa pembuat jenayah secara langsung akan dikenakan hukuman sebagaimana yg diperuntukkan utk kesalahan itu, manakala, pembuat secara tidak langsung pula dikenakan hukuman takzir.

Maliki pula berpendapat, kesemua mereka sama ada melakukan secara direct atau tidak direct, Wajib dikenakan hukuman yang sama. Ali yang menyediakan rumah, Bakar yang berzina dan perempuan tu, kesemuanya dikenakan hukuman hudud.

InsyaAllah kita akan teruskan perbincangan kita selepas ini mengenai perkara2 yg boleh menjatuhkan pensabitan undang2..

Read more

Membuktikan Beyond The Reasonable Doubt

Written by pahlawan_kuda 3 comments Posted in:

Dalam perbincangan kali ini, kita masih diperingkat pengenalan secara general tentang Isamic Criminal Law(ICL). Saya akan menerangkan tentang cara2 utk disabitkan kesalahan. Dalam undang2 jenayah baik Islam atau sivil,untuk mensabitkan seseorang itu bersalah, 2 perkara yang mesti di buktikan oleh Pendakwa Raya adalah dgn membuktikan ‘melebihi keraguan yang munasabah’ atau Beyond the Reasonable Doubt iaitu:
1) Perbuatan salah secara fizikal atau Actus Reus atau Ruknul Maadi lil jarimah.
2) Niat Salah atau Mens Rea atau Ruknul adabi(termasuk jg kemampuan pesalah).
3) Dalam Islam pula, satu lagi hukum yang perlu dibuktikan adalah Ruknul Syar’e iaitu dalil samada al-Quran atau as-Sunnah.
Kita pergi satu persatu..

PERTAMA: Perbuatan salah atau Actus Reus terbahagi kepada tiga.
1) Perbuatan direct atau Mubasyarah. cth: perbuatan bunuh seseorang guna pisau dgn tangan sendiri. Contoh lain adalah seperti perbuatan mencuri barang orang dgn tangan kita, perbuatan menyepak orang kaki. Kesemua perbuatan ni mesti direct atau tanpa sebarang benda diantara perbuatan kita dgn mangsa yang dapat mematikan seperti racun, lubang yang kita gali, atau perangkap. Ia mesti dilakukan dengan tangan kita atau directly.

2) Perbuatan tidak direct atau Tasabbub. cth: membunuh dgn meletakkan racun kedalam makanan mangsa dan dia mati disebabkan racun tu. Contoh lain adalah seperti pasang periuk api, pasang perangkap samar dan tolak orang kedalam perigi dan dia mati sebab lemas dlm perigi tu. Jadi, kesemua perbuatan tu tidak dilakukan secara direct, tapi ada benda diantara perbuatan kita dengan mangsa. Kita tak bunuh secara direct, tp indirectly.

3) Perbuatan secara syarat as-Syart. cth: Ali beli racun tikus utk bunuh tikus, Bob ambik racun tu dan dia letakkan kedalam makanan Mat. Perbuatan ni dikira syarat sahaja.. iaitu kita sbg syarat org tu mati. Cth lain, kita gali lubang utk gali perigi, tiba-tiba Ali tolak Mat, jatuh kedalam lubang tu dan mati..
Jadi disini, Perbuatan pertama iaitu Mubasyarah dan Perbuatan kedua iaitu Tasabbub dikira bersalah dan Pelaku boleh dikaitkan salah sebab ada elemen Pertama iaitu Actus Reus. Tapi perbuatan ketiga atau Syart tidak dikira bersalah. Takkan lah org beli pisau kat kedai utk potong daging, pastu pisau tu digunakan oleh orang lain utk membunuh,kita pulak dikira membunuh?? Mesti tak logik..

KEDUA: Niat Salah atau Mens Rea
Dalam masalah ni, Niat untuk melakukan salah diambil kira. Dalam niat ni pulak, Jumhur ulama’ kecuali Maliki membahagikan kepada tiga:
1) Sengaja atau I’mad. Cth: mmg niat utk mematikan,niat utk mencuri,zina dan lain2..
2) Niat untuk mencederakan, tapi xde niat utk membunuh. Ia hanya ada dalam kesalahan membunuh shj. Takde dlm kesalahan lain seperti merompak dan mencuri.
3) Tak sengaja atau tiada niat utk buat salah. Cth: ingat tu barang dia, tp sebenarnya barang orang lain. Atau lafazkan perkataan murtad dalam keadaan lupa. Sama seperti makan disiang hari dibulan Ramadhan.

KETIGA: Dalam Rukn Syar’e, mesti ada dalil utk menguatkuasakan undang2 tersebut. Jika dalam hukuman hudud dan qisas, dalil dah ada dalam Al-Qur’an dan as-Sunnah. Tp mmdgkan dlm hukuman ta’zir, dalil hanyalah bersifat general(dzanni), jd perlu dispesifikkan dengan undang2 yang dibuat oleh Kerajaan. Jadi dgn adanya undang2 yg diperuntukkan didalam undang2 negara, jadi kewajipan rakyat utk ikutnya, selagimana undang2 itu x bercanggah dgn syariah.
Wallahua’lam.

Read more

Beza Hudud, Qisas dan Ta'zir

Written by pahlawan_kuda 2 comments Posted in:

Baiklah, kita sambung perbincangan kita:
1.Cthnya Hudud:
•Zina: jenis kesalahan dan hukuman disebut dlm an-Nur:2.
•Mencuri:jenis kesalahan dan hukuman disebut dlm al-Maidah:38.

Qisas: al-Baqarah:179.

Ta’zir pula,tidak ada dalil khusus dlmal-Qur’an dan as-sunnah.

2.Perbezaan yg ketara dpt dilihat dlm ketiga2 jenis hukuman ini(hudud,qisas dan ta’zir) adalah melalui karekteristik ini:

HUDUD
i.Hak/milik Allah.
ii.Hukumannya statik. Xde tambah atau kurang. Sbb ia dah di state dlm dalil.
iii.Kalau dimaafkan sekalipun, pelakunya tetap akan dihukum.
iv.Tiada peringanan hukuman. Hukuman=dlm Qur’an atau as-Sunnah.

QISAS
i.Hak individu atau ahli keluarga(yg ada hubungan darah dgn si mati) hakim tiada kuasa menentukan hukuman.
ii.Hukuman ada diperuntukkan didalam Nas,iaitu diat.
iii.Terpulang kpd si mangsa atau keluarganya samada utk maaf atau dikenakan diat atau dibalas sama mcm yg telah dibuat kepada mangsa.

TA’ZIR
i.Menyentuh hak masyarakat dan hak individu.
ii.Kuasa menentukan kesalahan dan hukuman terletak dalam bidang kuasa hakim dan pemerintah. Cth: Akta Dadah Berbahaya, akta2 ttg pecah amanah(CBT),dan lain2 yg tiada dlm hudud dan qisas.
iii.Ape2 hukuman dalam hudud dan qisas, kalau tidak memenuhi syarat2nya, akan terjatuh dalam hukuman ta’zir. Maknanya, kalau xdpt sabitkan dgn hudud atau qisas, maka akan disabitkan melalui ta’zir.
iv.Kuasa memaafkan atau mengurangkan hukuman, terletak atas bidang kuasa hakim 100%.

Read more

Muqaddimah ICL

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:

Saya mulakan perkongsi bersiri ini dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang. Diharapkan ia bermanfaat kepada semua pencari jalan yang benar.

1. Dalam Islam, kesemua perkara ada dalilnya didalam al-quran,as-sunnah,ijma’,qias dan lain2 dalil yg tidak disepakati ulama’ seperti istihsan,masolihul mursalah,istishab,urf dan pelbagai lg. perkara utama adalah yang didahulukan adalah kepentingan awam(public interest). Apa yg baik pada mata masyarakat keseluruhannya,adalah baik disisi islam. Cth: bunuh,mencuri,rogol,zina dan rasuah dilihat buruk oleh masyarakat. Tapi hormat org, senyum, dan memberi org lain makan dilihat baik. Sbbnya, dlm diri semua manusia baik islam atau tidak,kecil atau besar, telah tersimpan satu ilmu yg didapati tanpa belajar. Ia juga dikenali sbg morality.

2. Dlm Islam, kita x dpt menafikan bahawa hukum-hakamnya adalah semuanya betul dan tanpa ragu (al-Baqarah:2).Ia mengambil kira kepentingan ammah(masyarakat) dan menolak keburukan. Tinggal lagi, mereka2 yg tidak faham ttg Islam, mereka menafikannya. Jd saya pd hari ini, ingin menerangkan betapa islam menekankan faktor kebajikan,kepentingan masyarakat, dan keadilan dalam salah satu drp banyak aspek kehidupan kita, iaitu bidang undang2 jenayah(ICL). Ramai yg masih tdk jelas ttgnya. Hakikatnya, kalau kamu terima hukum-hakam islam, tiada ragu lg, kamu akan selamat, baik islam mahupun bkn islam.

3. Dalam ICL, ulama’ membahagikan hukuman kpd 3. Hudud, Qisas,dan ta’zir. Mengapa? Kerana ia akan memudahkan hakim utk menentukan hukumannya, cara mensabitkan kesalahan dan lain2 lg. apa bezanya ketiga2 hukuman ni?

4. Baiklah, secara general, kesemua hukuman ini terdapat dalil didalam al-Qur’an,As-Sunnah,Ijma’,Qias dan lain2 sources of hukum.(sources 4) sbb menurut kaedah fiqhiyah dlm ICL, "tidak ada kesalahan dan hukuman tanpa dalil". kita pergi satu persatu lps ni.

5. Beza 3 jenis jenayah ini, hudud dan qisas ada dalil yg menyebutnya secara jelas didalam al-Qur’an dan As-Sunnah dari segi jenis kesalahan dan hukumannya. Tp ta’zir, tak ade dalil yg jelas, ia terdapat dlm al-Qur’an dan As-Sunnah, tp perlukan penjelasan dan clarification drp ulama’. Contohnya:(bersambung)

Read more

Undang2 Jenayah Syar'iah dlm Islam

Written by pahlawan_kuda 3 comments Posted in:

1. Alhamdulillah, sekarang semua subjek dah habis... InsyaAllah ada seminggu utk revise all subjek utk FINAL EXAM yang 1st paper pd 31/3/2011.

2. Demi ALLAH yg diriku berada dalam TanganNYA, KeranaNYA aku bernafas,dpt hidup dan bergerak pd masa ini..Selawat n Salam atas junjungan Besar Rasulullah S.A.W yg byk menyumbang kpd diriku. Alhamdulillah, sekarang aku dpt merasai kasih sayangmu terhadap umatmu apabila roh Islam segar tumbuh dlm jiwaku..

3. Hati ini terpanggil bg menulis beberapa siri ttg QANUN JENAYAH SYAR'IYAH atau undang2 jenayah dlm Islam atau Islamic Criminal Law. Rentetan kefahamn yg masih kurang dikalangan masyarakatku di Malaysia khususnya.

4. kita amat eager nak wujudkan NEGARA ISLAM di Malaysia yg didalamnya penuh dgn kebajikan dan keamanan, namun kita masih gagal utk mengetahui What Is ISLAMIC COUNTRY all about.
"If you want establish an Islamic country and apply the islamic law in it, firstly you have to give the knowledge to the people who will be regulated under it"

5. In order to establish an islamic country in our country, we have to fulfill all the requirements in it. About THE LAW that we apply, the economic system, political system, the constituitional law that we amend, the sosial management and so on.

6. dalam usaha kearah itu, sy meletakkan KEWAJIBAN keatas diri saya sebagai org yg belajar undg2 Islam utk memberikan kefahaman kepada masyarakat ttg ISLAMIC CRIMINAL LAW.

7. Pelbagai persoalan muncul ttg UNDANG2 JENAYAH ISLAM. antara yg dapat sy senaraikan disini,
-Berapakah pecahan undang2 dibawah Undang2 Islam?/ Islamic Criminal Law(ICL)
-Berapakah jenayah dibawah hudud? Qisas dan ta'zir?
-Dimanakah letaknya kuasa pemerintah, hakim dan mangsa(victim) yg diperuntukkan dalam undg2 ini?
-Apakah hak2(rights) mangsa dan pelaku salah(offender)?
-Sejauh manakah beban pembuktian(burden of prove) yg perlu dibuktikan oleh Pendakwaraya bg mensabitkan seseorang itu bersalah?

InsyaAllah saya akan cuba mengupas permasalahan2 ini satu demi satu agar semua faham.
Diharap usaha yg sedikit ini menjadi sebab mengapa Malaysia dpt mewujudkan negara Islam seterusnya Khalifah dpt wujud kembali secara keseluruhannya diatas muka bumi ini.

(saya akan mulakan dgn menghuraikan generally ttg ICL,kemudian kita pergi specifically ONE BY ONE dlm mengupas apakah itu HUDUD, QISAS, TA'ZIR)
dlm masa yg sama, saya cuba memberi pendedahan dari sudut perbandingan dgn undang2 barat yg kita amalkan di Malaysia sekarang.

(COMING SOON)

Read more

Kita datang ke dunia bkn utk dijajah!!!

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:


1. Dunia kini sedang menuju kehancuran. walaupun kita dikelilingi oleh bangunan pencakar langit, jaringan jalanraya yg begitu hebat, sistem pengangkutan yg semakin maju dan jalinan komunikasi dunia maya yg tiada penghujung, namun realitinya, ia ibarat botol air yang cantik, tetapi didalamnya berisi racun.

2. baru beberapa tahun berbangga dgn menara tertinggi didunia, Dubai sekali lg mengujakan dunia dgn restoran tertinggi diduni... Teringat sy pd hadith Rasulullah SAW yg menyatakan bhwa diantara tanda akhir zaman adalah manusia berlumba2 membina menara pencakar langit. Bukti hadith ini sudah didepan mata.. Malaysia ada KLCC, Taiwan ada menara Taipei, Dubai x payah sebut.. disamping itu, banguanan2 yg lain.

3. Hari ini kita di Malaysia dikejutkan dgn gejala pembuangan bayi.. maka wujudlah pelbagai usaha bagi mengekang gejala ini drp terus menular.. Kempen Kami Prihatin, sekolah pelajar mengandung, pelajaran seks seawal usia tadika,dan penguatkuasaan hukuman gantung kepada mereka yg membuang bayi. Tapi, usaha ini nampaknya sia2.. yang dpt untung adalah NGO yg menjayakannya..

4. contohnya, Kempen Kami Prihatin, akan melibatkan perbelanjaan wang negara berjuta2 ringgit.. sewa tempat, pengangkutan, makan minum VIP dan peserta, baju free.. apatah lg bayaran2 am.. kedua, pengenalan subjek seks di sekolah, akan melibatkan perbelanjaan baru utk keluarkan buku teks, meeting2 utk set up silibus.. makan minum dan sbgainya..

5. Persoalannya, mengapa duit kami sbg rakyat dibazirkan utk program2 yg bersifat 'mekap' ini? kami digula2kan dgn slogan2 yg memukau.. tp hasilnya hempeh.. ni nak pilihanraya pulak, lagi lah berjuta2 dibelanjakan.. nak rasuah lg.. nak buat projek lg.. jentera pilihanraya lg.. sdgkan kami pelajar2 nak makan pun berkira..nak byr duit buku lg, photostat lg.. pastu plak, duit pinjaman PTPTN plak.. x kerja dah berhutang.. MANA KATANYA RAKYAT DIDAHULUKAN??? KEBAJIKAN RAKYAT NO1??? MANE SEMUA ITU??? ibu bapa kami dibebankan dgn cukai itu dan ini, tol, harga petrol yg semakin naik.. tambah lg harga brg yg kian naik...

6. Dengar2 setiap tahun, PETRONAS untung lebih..TNB pun sama.. tp petrol still naik.. bil elektrik pun naik.. lebuhraya baru.. tp tol pun baru.. jd kami seolah2 digula2 kan dgn pembangunan yg luarannya cantik dan hebat, tp dalamnya sbg racun kpd kami selaku rakyat marhein..

7. KITA MEREMPAT DI BUMI SENDIRI... Slogan Melayu yg sekadar slogan..

8. Dungun tempat lahirku.. notis dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Dungun bhwa bangunan2 lama ditepi jalan utama hendaklah dirobohkan masuk tahun baru 2011.. pak cik sy, seorg mekanik kereta, kena tutup kedai yg satu2nya sumber rezekinya dan keluarga.. alasan MPD adalah menganggu pandangan awam. solusi yg mereka berikan adalah, pindah ke bangunan baru yg dibuat oleh MPD di batu 5(10KM) drp rumahnya. sewa pulak tu... nak beli, kalau xde RM500k,x payah berangan.. jadi dia terpaksa cari kerja lain..

9. Tapak yg sama pula, MPD nak dirikan bangunan 2-4 tingkat.. harganya RM 800k. nak tanye, org melayu berapa org dpt beli bgunan yg harga mcm tu??? pak cik sy nak beli ke??? kereta pun jenis proton lama.. mana nak fikir petrol lg.. makan minum lg.. perbelanjaan sekolah anak2 lg.. jd rata2 yg mampu adalah org cina( ini bkn perkauman, tp juz nak cite realitai..) kalau nak bantah, bgtau fakta yg lebih 5 org org melayu Dungun nak beli bgunan tu.. sewa ramai.. tp 2000 sebulan. kalau x laku jualan??? lingkup.

10. Disini sy ingin menyeru kpd semua saudara saudari x kira kaum, agama dan bahasa.. kembalilah kamu kpd Islam.. Ia satu agama yg menyatukan semua kaum tanpa menindas antara satu sama lain.. Khalifah Umar al-Khattab,Umar Abd Aziz dan ramai lg khalifah islam yg membuktikannya.. org Islam hanya minoriti.. dan org x islam majoriti.. tp dibawah negara Islam, kamu dijaga dan kabajikan kamu dijamin...

11. Buatlah kajian2 drp sudut undang2, ekonomi, politik dan sebagainya.. dtgkan bukti kalau ia menindas sesetengah kaum yg lain,melainkan kamu sebenarnya yg x jmpe hwpannya lg...

12. Kpd Rakyat Malaysia, saya menyeru kpd semua utk berani dlm membuat perubahan paradigma. Usah biarkan mereka yg ada kuasa mengeksploitasi kita..

"KITA LAHIR KE DUNIA INI BUKAN UNTUK DIJAJAH DAN DITINDAS, TP UTK MEMAKMURKANNYA DGN AMAN DAMAI.."

Read more

Kehabatan Pahlawan Islam

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:



Khalid Bin Al-Walid dan Al-Qa'qa'.. itulah nama 2 sahabat Rasulullah SAW yg byk berjasa kpd Islam. Lihat shj video peperangan yg mgmbarkan kehebatan mereka di medan Jihad. Mati menjadi impian mereka...
Kita??

Read more