Generally ttg HUDUD,QISAS dan TAKZIR

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:


Alhamdulillah, puji2an yg maksimum buat Tuan alam, Allah Aazzawajalla yg amat berkuasa, serta selawat dan salam atas junjungan kekasihNya Saidina Muhammad S.A.W yg telah meninggalkan kpd kita 2 khazanah yg x amat hebat yg mampu menjadi pembimbing kpd seluruh generasi umat manusia x mengira zaman hgga ia diangkat pd waktu yg telah ditetapkan.

Bajet 2012 telah selesai dibentangkan oleh pihak kerajaan dgn mbawa seribu aspirasi rakyat tidak mengira bangsa sama ada golongan marhein, pertengahan dan golongan bangsawan. Saya komited menyuarakan sokongan saya terhadap Rang Undang2 Perbekalan itu dan melihat sbg satu perkara yg amat bagus dlm keadaan rakyat sedang dibebani dgn pelbagai tekanan hidup termasuk kewangan,tempat tinggal, kos sara hidup dan sebagainya. Cuma diharapkan agar ianya ditunaikan tanpa ada sebarang anasir mala fide baik drp pihak kerajaan mahupun golongan yg berpengaruh. Saya juga sangsi mengenai defisit yang bakal kita tanggung dan peningkatan kadar inflasi yang bakal melanda. Harapnya ia menjadi perhatian kerajaan.

Kita menyelami dulu beberapa isu dalam negara..

Baru2 ini Datuk Seri Najib telah mengambil langkah berani dgn menghapuskan Akta ISA(Internal Security Act),tetapi timbul persoalan, mengapa perlu 2 akta menyusul, sedangkan akta2 yg sedia ada telah mampu mengawal keamanan negara. Mengapa perlu lagi akta yg membenarkan seseorg ditahan tanpa bicara?? Bukankah itu hak asasi?? Kalau mereka tegar menyuarakan hak2 wanita, hak2 pengguna, mengapa tidak pada bab ini?? Sedangkan Federal Consti telah menggazetkan dgn jelas pada Fasal 5 hgga fasal ke 13 yang telah menjamin personal liberty atau hak2 asasi. Semoga akta baru itu menjadikan FC sbg asas.

Sebelum drp itu,riuh masyarakat membicarakan mengenai Hukum hudud. Ada yg berani keluarkan statement yg menampakkan kebodohan mereka, ada yg menanyakan pendapat drp artis2, ada yg terus mencemuh, malah sanggup mengeluarkan statement membantah pelaksanaannya diperingkat negari.. seolah2 ia satu undang2 yg baru dan sgt zalim..
Wahai org2 yg menggunakan kepala lutut dlm berfikir.. tidakkah kamu adalah seorang muslim??

Tidakkah kamu hidup ini dgn rahmatNya,maka kamu dpt makan, minum, tidur,bekerja,benafas dan lain2??

Tidakkah hukum ini telah lama dipraktiskan oleh sebuah empayar yg merangkumi 2/3 dunia pada suatu ketika dahulu??

Tidakkah kamu melihat testimoni kejayaannya dlm mengawal sebuah masyarakat hinggakan rekod dicapai, pada zaman awal ia di enforce kan hingga kewafatan Rasulullah, hanya terdapat 6 kes curi shj??

Teman2 sekalian,
Kita menilai sesuatu perkara bukanlah menurut logic akal semata2, malah perlu ada beberapa pdgn drp aspek rohani, moral dan agama. Setelah itu, barulah kita boleh judge sesuatu perkara itu elok atau tidak.. menyedari hakikat inilah,maka terdetik hati ini bagi menyambung kembali perbincangan mengenai Islamic Criminal Law atau Undang2 Jenayah Islam dlm ruangan sesawang ini.
Hukum jenayah syar’iyah sebenarnya hanya ada 3 jenis. Hudud, qisas dan takzir. Pada asalnya tiada pembahagian ini, namun ulama’ feqah(mazhab 4) telah membahagikannya kpd 3 bhgian bagi memudahkan generasi selepas mereka..Semoga Allah merahmati kalian semua..
Dibawah hukuman hudud, terdapat 7 jenis kesalahan.
1)mencuri.
2)merompak.
3)berzina.
4)minum arak.
5)murtad.
6)baghy(cubaan menjatuhkan kerajaan)
7)qazaf atau menuduh muslim yg suci berzina.

Ini sahaja hukuman hudud, dimana dalil pensyariatan serta hukumannya disebut secara khusus didalam dalil samada al-Qur’an atau hadith. Terdapat khilaf pendapat dikalangan fuqaha’ tentang jenis2 kesalahan hudud. Walaubagaimanapun, mereka ittifaq(sependapat) menyatakan bahawa hudud adalah pada zina,mencuri dan qazaf. Manakala yang selebihnya, mereka telah berbeza pendapat tentangnya.
Hudud adalah hukuman yg memang strict dan hak ini terletak di tangan Allah sahaja tanpa sebarang kompromi, melainkan dalam keadaan darurat. Pemerintah diwajibkan menguatkuasakannya tanpa sebarang soal(seperti kewajipan solat 5 waktu,puasa pada bulan Ramadhan,amar ma’ruf nahi mungkar etc) kerana hukum itu adalah bersifat Ta’abbudi (manusia x tahu secara khusus tentang pensyariatannya) hanya Allah yg tahu.

Manakala dibawah hukum qisas pula, terdapat hanya 3 jenis kesalahan.
1)mencederakan orang lain.
2)menggugurkan anak.
3)membunuh secara sengaja.
Hak Hukuman Qisas adalah 100% terletak kepada hak mangsa atau keluarga si mangsa. Cuma cara penghukumannya berbeza. Apabila mangsa atau keluarganya meminta agar dibalas balik, maka kerajaan akan mengenakan hukuman balas balik. Manakala jika mangsa atau keluarga mangsa meminta agar dikenakan diyat(membayar denda), maka si pesalah atau keluarga si pesalah diwajibkan membayarnya. Sebaliknya, jika mangsa atau keluarga mangsa memberi pengampunan tanpa sebarang bayaran denda, hak itu akan automatik beralih kepada pihak pemerintah bagi dihukumkan dibawah hukuman takzir.

Takzir adalah hukuman bagi semua jenis kesalahan yang tak termasuk dlm kesemua jenis kesalahan dibawah hudud dan qisas. Sebagai contoh: berjudi, mengedar dadah, rasuah, trespass(menceroboh), dan lain2. Takzir juga akan dikenakan jika syarat2 dalam hukuman hudud dan qisas tidak mencukupi (xcukup syarat). Seperti saksi zina hanya 3 org,sedangkan perlukan 4 org, atau mencuri tetapi x cukup kadar hukuman had(hudud).
Wallahua’lam.

Read more