"Aku datang ke dunia ini hanya membawa 2 MISI UTAMA, menjadi hamba Allah yang muttaqin dan menjadi seorang Khalifah yg membawa syiar Islam ke tempat yang tertinggi. Jika aku gagal membawa salah satu atau kesemuanya,maka NERAKA adalah selayaknya bagiku..."
SALAM AIDIL FTTRI buat seluruh warga Malaysia dan warga dunia..
disaat kita menyambut aidilfitri,usah dilupakan mereka-mereka yang tak diberikan nikmat seumpama kita..
hayati nikmat Iman dan kasih sayang drp Tuhan kita..
semoga Allah merahmati kita semua..
kepada semua Alumni SMASID, my AIKOLians, my committee of Welfare secretariat of SRC, my friends of IIUM, kawan2 serta sahabat2 semua yg mengenali diri ini..
Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
A Samad Said
Assalamualaikum, Alhamdulillah, setelah lama berdiam diri, hari ini terdetik untuk saya menyambung perbincangan kita tentang ICL. Secara lazimnya, perbuatan salah (criminal) kebanyakannya yg dibincangkan adalah jika ia dilakukan oleh seorang pelaku, bagaimana pula kalau ia dilakukan oleh ramai? maksudnya lebih drp 2 org? adakah sama hukumannya? Bagaimana pula jika org ke-2 hanya cover line? Adakah sama hukumannya macam si pelakunya? Jom kita sama2 bincang.
Undang-undang baik undang-undang syariah atau undang-undang civil, membincangkan perkara ini secara terperinci.Ia mudah kalau kita kenalinya secara jenayah mengambil bahagian (participation). Dalam undang2 civil,perlakuan ini dipecahkan kpd 3 bahagian, samada abetment atau conspiracy atau aiding. Manakala dalam undang2 syariah(ICL) pula, perbuatan mengambil bahagian dalam jenayah dipecahkan kepada dua jenis. Iaitu mengambil bahagian secara langsung (mubasyarah) dan kedua, mengambil bahagian secara tidak langsung( tasabbub). Kita tengok dulu dalam bab undang2 civil.
Pertama: Abetment adalah menolong secara memberikan galakan utk pelaku itu melakukannya seperti mengupah utk membunuh, atau mencabar pelaku utk membunuh dan pelbagai kata2 atau perlakuan yg dpt menyebabkan si pelaku melakukan jenayah itu. Peruntukan dlm undang2 malaysia adalah dalam Seksyen 107 dan Seksyen 120A Kanun Keseksaan (Penal Code).
Kedua: Conspiracy (perbuatan bersubahat) adalah pakatan untuk melakukan jenayah yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih. Conspiracy itu sendiri(per se) adalah jenayah. Maknanya, walaupun jenayah itu belum dilakukan, cukup sekadar membuktikan ada pakatan utk melakukan jenayah shj sudah cukup utk mensabitkan kesalahan. Isu terbaru, Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussein(Menteri Dlm Negeri) telah memfailkan saman keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim(mantan Timbalan Perdana Menteri) kerana menuduh beliau bersubahat dalam membuat rakaman video seks yg membabitkan 3 orang. Datuk Eskay, seorang pelacur dan seorang lagi yg di uar-uarkan sebagai Dato’ Seri Anwar. Jadi, dlm perkara ini, Anwar kena buktikan bahawa telah berlaku pakatan itu menurut peruntukan2 dlm Seksyen 120 A atau B. kalau DSAI gagal membuktikannya, beliau akan disabitkan kesalahan dibawah defamation atau fitnah dlm undang2 tort. Apa2 pun, let’s court decide it..
Ketiga: Aiding pula adalah perbuatan membantu seseorang penjenayah dgn cara menyediakan jalan. Contohnya, Ali memberi pinjam keretanya utk memudahkan Bakar merompak, atau Ali menyediakan rumahnya sbg sewa kpd Bakar utk membuka rumah pelacur tanpa lesen (DLM UNDANG2 DI MALAYSIA, KALAU ADA LESEN, BUKAN SHJ RUMAH PELACUR, TAPI JUAL ARAK DAN BUKA TEMPAT BERJUDI PUN DIBENARKAN.. APATAH LAGI MEMBUKA PUSAT HIBURAN DISKO, PUB, KONSERT DAN LAIN-LAIN LAGI.KALAU XDE LESEN, DIKIRA SALAH DISISI UNDANG2.. TAPI DALAM ISLAM, ADA LESEN ATAU XDE, TETAP SATU JENAYAH..)
Baiklah, itu semua dlm undang2 civil.. dalam undang2 jenayah islam pula, Ia lagi dalam dan terperinci.. saya huraikan secara mudah shj.. Dalam ICL, perbuatan mengambil bahagian secara langsung (direct), dibahagikan kpd dua bahagian. Secara Langsung dan secara tidak langsung.
Dalam perkara Subahat atau mangambil bahagian secara langsung, terbahagi kepada dua jenis.
Pertama: Jenayah yg dibuat secara beramai-ramai secara serentak, tanpa ada kesepakatan (tawaafuk). [Niat + xde pakatan = salah mengikut perbuatan masing-masing] Contohnya, Ali, Ahmad dan Abu, tak pernah kenal antara satu sama lain dan xde pakatan utk membunuh Bakar. Mereka dalam masa yang sama pergi ke rumah Bakar,dan beramai-ramai memukul Bakar sehingga pengsan. Dalam hal ini, tiap2 seorang bertanggungjawab terhadap kesalahan yg mereka lakukan masing2.. cthnya: Ali bersalah sebab patahkan kaki Bakar, Ahmad bersalah sebab butakan mata, dan Abu bersalah sebab mencederakan Bakar pada kepala sehingga dia pengsan. Kalau dalam kes membunuh, mereka akan diadili mengikut perbuatan masing2. Siapa yg mematahkan tangan mangsa, atau membutakannya, atau mematikannya, maka dia akan bertnggungjawab terhadap perbuatan mereka masing2. Tapi, kalau x dpt dikenalpasti, kesemuanya wajib membayar diyat 100 ekor unta.
Kedua: Jenayah yang dibuat secara beramai-ramai, dan mempunyai niat yang sama (tamallu’). [Niat + ada pakatan = semua salah] Contohnya Ali, Ahmad dan Abu bersepakat utk membunuh Bakar, lalu mereka beramai2 pergi ke rumah Bakar dan memukul Bakar sehingga mati. Dalam kes ini, kalau contohnya Ali hanya memegang tangan, atau hanya mengambil pisau dan diberikan kepada Abu, tanpa memukul atau menyentuh Bakar, kesemua mereka bersalah dan wajib dibunuh. Satu peristiwa dizaman Saidina Umar al-Khattab, apabila 4 org penjenayah drp Kampung Sin’ah telah berpakat dan membunuh seorang pemuda. Lalu Saidina Umar menjatuhkan hukuman bunuh kepada kesemua mereka. Kata Beliau, “kalau sekiranya kesemua penduduk kampung Sin’ah telah berpakat dan membunuh, akan aku bunuh mereka kesemuanya.”
Manakala, perkara bersubahat secara tidak langsung (indirectly), terdapat 3 keadaan yang boleh diklasifikasikan sebagai indirectly participation atau ishtirak bittasabbub. Sama ada:
1) Apabila mereka bersetuju untuk bekerjasama dalam melakukan jenayah yang sama. contohnya, Ali, Ahmad dan Abu sign kontrak untuk membunuh Bakar.
2) Apabila salah seorang memberikan galakan atau mencabar supaya jenayah dilakukan. Termasuk mengupah untuk membuat jenayah.
3) Apabila mereka tolong-menolong dalam melakukan jenayah. contohnya, Abu menyediakan rumahnya untuk Bakar melakukan zina.
Dalam permasalahan ini, Fuqaha’ berbeza pendapat dalam penetapan hukuman keatas mereka.
Jumhur berpendapat bahawa pembuat jenayah secara langsung akan dikenakan hukuman sebagaimana yg diperuntukkan utk kesalahan itu, manakala, pembuat secara tidak langsung pula dikenakan hukuman takzir.
Maliki pula berpendapat, kesemua mereka sama ada melakukan secara direct atau tidak direct, Wajib dikenakan hukuman yang sama. Ali yang menyediakan rumah, Bakar yang berzina dan perempuan tu, kesemuanya dikenakan hukuman hudud.
InsyaAllah kita akan teruskan perbincangan kita selepas ini mengenai perkara2 yg boleh menjatuhkan pensabitan undang2..
Dalam perbincangan kali ini, kita masih diperingkat pengenalan secara general tentang Isamic Criminal Law(ICL). Saya akan menerangkan tentang cara2 utk disabitkan kesalahan. Dalam undang2 jenayah baik Islam atau sivil,untuk mensabitkan seseorang itu bersalah, 2 perkara yang mesti di buktikan oleh Pendakwa Raya adalah dgn membuktikan ‘melebihi keraguan yang munasabah’ atau Beyond the Reasonable Doubt iaitu:
1) Perbuatan salah secara fizikal atau Actus Reus atau Ruknul Maadi lil jarimah.
2) Niat Salah atau Mens Rea atau Ruknul adabi(termasuk jg kemampuan pesalah).
3) Dalam Islam pula, satu lagi hukum yang perlu dibuktikan adalah Ruknul Syar’e iaitu dalil samada al-Quran atau as-Sunnah.
Kita pergi satu persatu..
PERTAMA: Perbuatan salah atau Actus Reus terbahagi kepada tiga.
1) Perbuatan direct atau Mubasyarah. cth: perbuatan bunuh seseorang guna pisau dgn tangan sendiri. Contoh lain adalah seperti perbuatan mencuri barang orang dgn tangan kita, perbuatan menyepak orang kaki. Kesemua perbuatan ni mesti direct atau tanpa sebarang benda diantara perbuatan kita dgn mangsa yang dapat mematikan seperti racun, lubang yang kita gali, atau perangkap. Ia mesti dilakukan dengan tangan kita atau directly.
2) Perbuatan tidak direct atau Tasabbub. cth: membunuh dgn meletakkan racun kedalam makanan mangsa dan dia mati disebabkan racun tu. Contoh lain adalah seperti pasang periuk api, pasang perangkap samar dan tolak orang kedalam perigi dan dia mati sebab lemas dlm perigi tu. Jadi, kesemua perbuatan tu tidak dilakukan secara direct, tapi ada benda diantara perbuatan kita dengan mangsa. Kita tak bunuh secara direct, tp indirectly.
3) Perbuatan secara syarat as-Syart. cth: Ali beli racun tikus utk bunuh tikus, Bob ambik racun tu dan dia letakkan kedalam makanan Mat. Perbuatan ni dikira syarat sahaja.. iaitu kita sbg syarat org tu mati. Cth lain, kita gali lubang utk gali perigi, tiba-tiba Ali tolak Mat, jatuh kedalam lubang tu dan mati..
Jadi disini, Perbuatan pertama iaitu Mubasyarah dan Perbuatan kedua iaitu Tasabbub dikira bersalah dan Pelaku boleh dikaitkan salah sebab ada elemen Pertama iaitu Actus Reus. Tapi perbuatan ketiga atau Syart tidak dikira bersalah. Takkan lah org beli pisau kat kedai utk potong daging, pastu pisau tu digunakan oleh orang lain utk membunuh,kita pulak dikira membunuh?? Mesti tak logik..
KEDUA: Niat Salah atau Mens Rea
Dalam masalah ni, Niat untuk melakukan salah diambil kira. Dalam niat ni pulak, Jumhur ulama’ kecuali Maliki membahagikan kepada tiga:
1) Sengaja atau I’mad. Cth: mmg niat utk mematikan,niat utk mencuri,zina dan lain2..
2) Niat untuk mencederakan, tapi xde niat utk membunuh. Ia hanya ada dalam kesalahan membunuh shj. Takde dlm kesalahan lain seperti merompak dan mencuri.
3) Tak sengaja atau tiada niat utk buat salah. Cth: ingat tu barang dia, tp sebenarnya barang orang lain. Atau lafazkan perkataan murtad dalam keadaan lupa. Sama seperti makan disiang hari dibulan Ramadhan.
KETIGA: Dalam Rukn Syar’e, mesti ada dalil utk menguatkuasakan undang2 tersebut. Jika dalam hukuman hudud dan qisas, dalil dah ada dalam Al-Qur’an dan as-Sunnah. Tp mmdgkan dlm hukuman ta’zir, dalil hanyalah bersifat general(dzanni), jd perlu dispesifikkan dengan undang2 yang dibuat oleh Kerajaan. Jadi dgn adanya undang2 yg diperuntukkan didalam undang2 negara, jadi kewajipan rakyat utk ikutnya, selagimana undang2 itu x bercanggah dgn syariah.
Wallahua’lam.
Baiklah, kita sambung perbincangan kita:
1.Cthnya Hudud:
•Zina: jenis kesalahan dan hukuman disebut dlm an-Nur:2.
•Mencuri:jenis kesalahan dan hukuman disebut dlm al-Maidah:38.
Qisas: al-Baqarah:179.
Ta’zir pula,tidak ada dalil khusus dlmal-Qur’an dan as-sunnah.
2.Perbezaan yg ketara dpt dilihat dlm ketiga2 jenis hukuman ini(hudud,qisas dan ta’zir) adalah melalui karekteristik ini:
HUDUD
i.Hak/milik Allah.
ii.Hukumannya statik. Xde tambah atau kurang. Sbb ia dah di state dlm dalil.
iii.Kalau dimaafkan sekalipun, pelakunya tetap akan dihukum.
iv.Tiada peringanan hukuman. Hukuman=dlm Qur’an atau as-Sunnah.
QISAS
i.Hak individu atau ahli keluarga(yg ada hubungan darah dgn si mati) hakim tiada kuasa menentukan hukuman.
ii.Hukuman ada diperuntukkan didalam Nas,iaitu diat.
iii.Terpulang kpd si mangsa atau keluarganya samada utk maaf atau dikenakan diat atau dibalas sama mcm yg telah dibuat kepada mangsa.
TA’ZIR
i.Menyentuh hak masyarakat dan hak individu.
ii.Kuasa menentukan kesalahan dan hukuman terletak dalam bidang kuasa hakim dan pemerintah. Cth: Akta Dadah Berbahaya, akta2 ttg pecah amanah(CBT),dan lain2 yg tiada dlm hudud dan qisas.
iii.Ape2 hukuman dalam hudud dan qisas, kalau tidak memenuhi syarat2nya, akan terjatuh dalam hukuman ta’zir. Maknanya, kalau xdpt sabitkan dgn hudud atau qisas, maka akan disabitkan melalui ta’zir.
iv.Kuasa memaafkan atau mengurangkan hukuman, terletak atas bidang kuasa hakim 100%.
Copyright 2010 "Dua Misi"
Theme designed by Lorelei Web Design
Blogger Templates by Blogger Template Place | supported by One-4-All