SALAM KEMAAFAN BUAT SAHABAT-SAHABAT TERCINTA

Written by pahlawan_kuda 1 comments Posted in:

1. Sekian lama jari-jemari ini tidak menaip, mata ini tidak menatap, minda ini tidak dikongsi bersama semua sahabat yang di Rahmati Allah sekalian.

2. Pertama2nya ingin diri ini menyusun seinfiniti kemaafan atas permintaan yg tidak tertunai itu.

3. Pelbagai isu yg boleh dikira sewajibnya ianya dikupas oleh seluruh umat yg bergelar Muslim. Isu Bai’ah, Dr Asri ditahan, PR bergolak, Isu mendiang Teoh, dan mcm2 lg, belum lg termsuk masalah wajib, Keruntuhan moral yg x pernah mnunjukkan tanda2 reda, ibarat hujan yg turun pd musim banjir di kmpung aku ini. Tetapi aku masih membisu… membiarkan saudara seIslamku terkontang-kanting diratah dan terhina ibarat hidangan enak yg sedang dilahap oleh sekumpulan orang yg lapar!!!

4. Maafkan diriku ini… Bukan sengaja aku (maaf ye saya gunakan ‘aku’ sbg ganti nama kpd shbt2) membisu, namun entah mengapa aku merasakan saban hari, semakin tidak layak diri ini berbicara dan melontarkan pendapat.

5. Aku hairan, entah mengapa semakin suka dan cenderung diri ini melakukan dosa dan noda kpd Allah. Bkan aku x sedar, hanya sanya DIA shj lah Pencipta alam ini, Namun entah mgapa BODOH nya AKU! X BERMARUAHnya AKU! dalam mengharungi badai nafsu Amarah ini. Aku x brhajat mceritakan jenis noda itu… cukuplah ianya sekadar pedoman buat mereka yg bergelar Muslim.

6. Atas sbb itulah aku x mahu menulis sbrg article atau pdpt dlm ruangan ini. Khuatir, sdkit sbyak pdpat dan idea drp Insan Bernafsu ini, tgn dipalit noda ini, hati gelap berbau busuk ini terkesan kpd jiwa shbat2.

7. Insya Allah permulaan sem 2 nanti bakal memberikn sinar Semangat Baru dalam diari hidupku... NANTIKAN HAFIZUL FARIS YANG BARU!!!

ALLAHUAKBAR!

Read more