SALAM KEMAAFAN BUAT SAHABAT-SAHABAT TERCINTA

Written by pahlawan_kuda 1 comments Posted in:

1. Sekian lama jari-jemari ini tidak menaip, mata ini tidak menatap, minda ini tidak dikongsi bersama semua sahabat yang di Rahmati Allah sekalian.

2. Pertama2nya ingin diri ini menyusun seinfiniti kemaafan atas permintaan yg tidak tertunai itu.

3. Pelbagai isu yg boleh dikira sewajibnya ianya dikupas oleh seluruh umat yg bergelar Muslim. Isu Bai’ah, Dr Asri ditahan, PR bergolak, Isu mendiang Teoh, dan mcm2 lg, belum lg termsuk masalah wajib, Keruntuhan moral yg x pernah mnunjukkan tanda2 reda, ibarat hujan yg turun pd musim banjir di kmpung aku ini. Tetapi aku masih membisu… membiarkan saudara seIslamku terkontang-kanting diratah dan terhina ibarat hidangan enak yg sedang dilahap oleh sekumpulan orang yg lapar!!!

4. Maafkan diriku ini… Bukan sengaja aku (maaf ye saya gunakan ‘aku’ sbg ganti nama kpd shbt2) membisu, namun entah mengapa aku merasakan saban hari, semakin tidak layak diri ini berbicara dan melontarkan pendapat.

5. Aku hairan, entah mengapa semakin suka dan cenderung diri ini melakukan dosa dan noda kpd Allah. Bkan aku x sedar, hanya sanya DIA shj lah Pencipta alam ini, Namun entah mgapa BODOH nya AKU! X BERMARUAHnya AKU! dalam mengharungi badai nafsu Amarah ini. Aku x brhajat mceritakan jenis noda itu… cukuplah ianya sekadar pedoman buat mereka yg bergelar Muslim.

6. Atas sbb itulah aku x mahu menulis sbrg article atau pdpt dlm ruangan ini. Khuatir, sdkit sbyak pdpat dan idea drp Insan Bernafsu ini, tgn dipalit noda ini, hati gelap berbau busuk ini terkesan kpd jiwa shbat2.

7. Insya Allah permulaan sem 2 nanti bakal memberikn sinar Semangat Baru dalam diari hidupku... NANTIKAN HAFIZUL FARIS YANG BARU!!!

ALLAHUAKBAR!

Read more

Salam Mahabbah dan kemenangan...

1. Entah mengapa diri ini terdetik untuk berkongsi satu topik yg begitu kontroversi di zaman penuh tipu daya Yahudi dan golongan yg menyesatkan ini...

2. Sering aku ditanya mengenai soal Ilmu Tasawuf. dah berbuih rasanya mulut ni terang, kadang2 tu ade yg tak puas hati dan terus blah. entah ape2, tanye, pastu kita bg jawapan,nak marah2 plak... mybe inilah yg selalu diungkapkan oleh guru ttg dunia di akhir zaman. masing2 sibuk mempertahankan hujah masing2 hingga sggup memutuskan tali silaturrahim dan mencemuh segolongan ulama' mu'tabar yg tidak sehaluan dgn mereka.

3. Dalam hal ni, prinsip aku cukup mudah, drp aku terima pendapat orang yg hidup duduk kutuk ulama',berdebat pakai Al-Qur'an dan Hadis pakai makna zahir shj dan kadang2 tu,sibuk membid'ahkan segolongan umat Islam yg beribadah yg kononnyantak ikut sunnah, lebih baik aku ikut Tok Guru aku yg hidupya penuh dgn amal ibadah, bercakap dgn penuh mendalam dan bermakna,mengajar pakai Kitab2 para ulama' mu'tabar, dan pakaian yg penuh zuhud. Lgpun, bila tgok diri yg penuh jahil lg hina ini, aku perlukan bimbingan mereka yg beriman dan bertaqwa... aku memilih untuk bersama mereka yg hidup dan mati mereka bkan utk dunia semata2, bahkan RedhoNya selaku pemilik diri ini.

4. Tasawuf adalah satu Ilmu yg membicarakan soal pembersihan jiwa.
kalau kebersihan luaran, kita belajar Feqah, then, kita blajar Usuluddin utk kenal Allah secara Berdalil,kemudian kita belajar ilmu ihsanuddin utk membersihkan dalaman dan sebagai kenderaan untuk sampai keHadratnya.

5. Persoalan Ilmu Tasawuf atau Ihsanuddin bertitik tolak drp hadis baginda Nabi atau lebih dikenali dgn hadis Jibril, tika mana Nabi didatangi saidina Jibril a.s yg menyerupai seorg lelaki."...apakah maksud Ihsan..? jawab Nabi, kamu mengabdikan diri kpd Allah seolah2 kamu melihat Allah dan kalau kamu x dapat melihat Allah, maka rasailah bhwa Allah melihat kamu..kata Jibril, kamu benar..."

5. Tasawuf dlm perbincangan ulama' terbahagi kpd 2. pertama adalah teori, kedua adalah amali.Teori adlh kita belajar by kitab, mcm Penawar Bg Hati, Hikam dan Siri Tasawuf... Satu lg, amali. iaitu kita amalkan wirid dan zikir2 yg ada Sanadnya atau kata lain, amalan Thorikat.

6. Ahli Tasawuf atau lbih dikenali Ahli Sufi begitu pentingkan soal hati. So, mereka akan cuba tggalkan perkara sia2, makruh dan apatah lg haram. dalam masa yg sama pkara sunat diperhebatkan mcm perkara wajib.yg wajib lg la...

7. hari ini kita perhatikan mereka yg berjuang melaung2kan khilafah serta pembinaan tarbiyah. mereka ni tahu x,yg khilafah mustahil dpt diwujudkan jika element tasawuf tidak menjadi salah satu elemen yg penting dlm perjuangan mereka.

8. BUKTI, cuba soroti sejarah dan kitab2 ulama' silam...Bagaimana Mujaddid2 setiap kurun menjadikan ilmu Tasawuf sbg ilmu yg ckup crucial dlm diri mereka dan orang sekeliling mereka.
-Sultan Muhammad al-Fateh yg dididik purely based on sufism oleh Syaikh Bayram yg menjadi syeikh dlm Thorikat Naqsyabandiah.Itulah sebaik pemimpin, memimpin sebaik2 tentera dan rakyat.

-Imam al-Ghazali yg tinggalkan jawatan selaku rektor universiti semata2 berhijrah mencari kedamaian hati hingga rela menjadi anak murid seorang tukang kasut yg sebenarnya seorang sufi yg besar,lantaran drp itu, beliau dpt mengarang kitab Ihya' ulumuddin yg Baginda Rasulullah sendiri, saidina Abu Bakar dan Umar membenarkan kitab itu melalui mimpi beliau.(rujuk Minhaj ul Abidin)

-Imam Hassan Al-Banna yg diwaktu mudanya didedahkan dgn amalan zikir Thorikat(kalau x silap Thorikat Syathoriyah)hingga berupaya menubuhkan gerakan terbesar yg berusaha menegakkan kembali khilafah hingga hari ini gerakan yg dikenali dgn IKHWANUL MUSLIMIN itu semakin berkembang.

-Utk pejuang tanah Air dlm PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy yg ketika mjdi Presiden PAS, berupaya mengembangkan PAS hgga mendapat tempat dihati pemuda/i dan momentum itu masih segar dalam jiwa pemimpin2 PAS sekarang.

Cukup ar tu... da byk dah. kalau x puas hati, kaji dan cari sendiri kisah dan riwayat hidup beberapa tokoh terkemuka Islam dalam dan luar Tanah Air. mereka adalah Bukti yg apabila part Tasawuf dijadikan element penting, ia berupaya mewujudkan momentum dakwah dalam diri dan dalam gerakan Islam. tokoh2 wali seperti Tok bahaman, Tok Janggut, Syeikh Pulau Manis dan Syeikh Daud al-Fathoni, mereka adalah waliullah yg sebenarnya adalah sufi.

9. Pengakhiran, renungilah kata2 ini,
"setiap wali adalah sufi,
setiap sufi adalah wali"
(huraian dlm kitab Mengenal Diri dan Waliullah,Mustafa Al-Jiasi)

WALLAHUA'LAM...
SEBARANG KOMEN DAN SOALAN AMATLAH DIGALAKKAN.

Read more

Tahniah pahlawan keamanan!

Written by pahlawan_kuda 1 comments Posted in:

1. Ogos bermula dgn melayarkan satu peristiwa penting dalam satu lg episod kekejaman dan kesombongan parti pemerintah tanah air apabila hak dan kebebasan rakyat yg terkandung dalam Undang2Perlembagaan(Federal Constitution) article 10 yg menyatakan hak dan kebebasan bersuara(fredom of speech).

2. Usaha yg telah bermula semenjak penahanan D.S.Anwar Ibrahim 1997 dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yg totally kuasa diletakkan dibawah Eksekutif power, melalui Kementerian Dalam Negeri. Bermakna akta ini secara mudahnya dapat dimanupulasi oleh segolongan orang terutama golongan pemerintah kerana mereka memegang kuasa Eksekutif melalui majoriti kerusi Dewan Rakyat.

3. Nah,1 Ogos 2009,sekali lg Malaysia menyaksikan adegan manipulation of power parti pemerintah tanah air.

4. memang teruja untuk diri ini bersama2 pejuang bangsa dan keadilan ini, tetapi apakah daya,terpaksa membatalkan hasrat itu atas sebab commitment lain yang tidak dapat dielakkan... Namun, Hati ini masih berkobar2 untuk meruntuhkan sistem yg sekian lamanya menjajah pemikiran bangsa dan rakyat Malaysia.

5. Apa2 pun, TAHNIAH diucapkan kepada para aktivis yg tidak menghiraukan kesan yg bakal diterima,rela turun untuk Berdemonstrasi demi keamanan dan keadilan di negara tercinta ini.

6. Kita sama2 selepas ini bukan sahaja meruntuhkan sistem kejam ini, Bahkan kita
sama2 berjuang membuang isme ini daripada terus menjajah pemikiran generasi kita.

7. HIDUP BUKAN UNTUK DIJAJAH!!!
BANGUNLAH ISLAM, BANGUNLAH UMMAH!
KITA SAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN!!!

Read more

Salam Juang Buat Semua...

Written by pahlawan_kuda 3 comments Posted in:

Alhamdulillah...

Step kedua cita2 diri ini baru shj tercapai sebaik shj kaki melangkah ke Gombak 7 Julai yg lalu.

perasaan Gembira, Excited,bercampur best, poyo, koya dan debar2. mane taknye, hampir separuh student n 1/3 lecturer drp foreigner. nak tanye makan nasik pun, kene speaking...

tp itulah yg diri ini selalu cari...

English although satu bahasa yg bkan asal drp Islam, dan x diagungkan oleh Islam, tp waqi' atau keadaan semasa pd waktu ini meletakkannya sbg bhasa perantara dan pghubung antara bangsa2 di seluruh dunia.

Masa ckup bermakna sekarang.

Ape2 pun Target ana dlm 1st semester 3.9 x akan pernah padam!!!

maaf atas ketidak 'update'an blog ni dlm jgka masa yg lame...

salam Juang buat semua dan selamat maju jaya.

All of you Are THE BEST.

Read more

'Usah menegakkan benang yang basah'

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:


1. Menurut satu kajian antarabangsa,benang yg basah, habis tinggi dapat tegak dalam 5-6 inci sahaja...

2. Nampaknya BN tidak mengerti hukum dunia ini. Apa mungkin manusia di alam ini menerima hukum-hakam kezaliman.. sedangkan ayat al-Quran sendiri terang2 telah memberi amaran kepada manusia, "Janganlah kamu cenderung kepada kezaliman, nanti dirimu akan disambar api Neraka..."

3. Manusia fitrahnya cenderung kepada keamanan dan bencikan kezaliman. sukakan tempat yg selesa dan tak suka kepada api. Jd, brang sesiapa yg melakukan kezaliman, kehidupan mereka ibarat menuju kepada api neraka, bkn shj diakhirat, tetapi di dunia ini lg.

4. Tidak ada istilah yg mampu diungkapkan atas keputusan yg dibuat oleh KL High Court apabila mengisytiharkan bahawa MB sebenar Perak yg SAH adalah YAB Dato' Ir Nizar, melainkan Alhamdulillah... ALLAH mengkabulkan doa2 golongan yg ditindas.

5. Disini ana bukan nak komen ape2 ttg keputusan yg penuh kontroversi itu, tp hanya nak ucapkan TAHNIAH buat PR yg telah sekian lama berjuang bagi menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini. Smoga pembubaran DUN nanti mdapat perkenan Sultan dan di situ, kita benamkan Kezaliman dan Keangkuhan BN!!!

SEMOGA ISLAM TERUS MENDAPAT KEMENANGAN DEMI KEMENANGAN, SEBAGAI PELENGKAP BAHAWA DUNIA INI KIAN TIBA KE PENGHUJUNGNYA...
ALLAHUAKBAR!!!

Read more

500x = 8y

Written by pahlawan_kuda 4 comments Posted in:

1. Pernahkah anda mendengar persamaan diatas di dalam Math moden atau Add Math? bg bsesiapa yg pernah belajar matematik di sekolah dulu, pastinya tahu dan similar dgn persamaan ini.

5x + 3y = 45
x = 3

2. jadi, istilah atau persamaan diatas adalah sama seperti persamaan 500x = 8y, atau apabila kita balikkan, maka sama juga yg berlaku, 8y = 500x.

3. melalui kaedah inilah sy merasakan yg teori ini adalah applicapble bila menafsirkan bilangan peserta yg datang ke program taklimat usahawan Insaan yg telah sy dan 3 lg kawan sy jalankan di Dewan Masjid tgahari td, 2/5/09.

4. Secara sepintas lalu, program ini sbnarnya telah kami rancang diadakan pd ptgahan bulan lepas,18/4/09. mmg syok kami buat persediaan,dewan kmi tempah,siapkan patern flyers, kemudian kami dgn bangganya phtostat 100 poster dan 100 hand bill (dipotong 4 jd 400),lepas tu bhagi2 tugas utk sebar kpd public.

5. Time2 best camtu, tiba2 je, bagaikan gempa bumi menggegarkan bumi Malaysia, kami dikejutkan dgn berita drp Abg Zul,org no.1 Insaan yg akan sampaikan taklimat pd 5 hari lagi akan ke Pulau Borneo bg mengembangkan pasaran Insaan di sane.

6. ah... hampir separuh smgatku jatuh. ade yg 75%,dan ade yg hampir 92%. dlm wktu mcm tu, kami ambil lgkah drastik dgn mgarahkan semua kontigen2 tampal poster kita di seluruh Nilai menghentikan sementara aktiviti tampal poster. yg dah tampal, mtk cabut balik. tpaksa jmpe Kapten Masjid bg tunda tarikh tu.

7. Lpas bincang blik dgn Abg Zul, kmi setuju nak pospone smpai awal bulan depan,2/5/09. suasana jd suram kejap, sesuram suasana slpas hujan diwktu petang.

8. tuptap tuptap, nah lg 4 hari taklimat tu akan diadakan. tiba2 lg, Jumaat ni hari pekerja, mesti rmai warga kota yg blik kampung,argh... satu lg, mklumat yg diperolehi, semua Universiti dan kolej di area Nilai dah msuk waktu cuti sem.
so, mcmane ni Faris? ok, kita kne lakukan langkah KAMIKAZE. kalau x, kta akan buat pd bulan 6 dpan. lame tu...

9. So, dgan pasrah, kami mulakan kmbali grak kerja kami. Alamak... kontigen kita di Kolej Lagenda, USIM dan KUIS dah bercuti dah... mcmne ni? tkpe ar, kta tumpu pd masyarakat luar... wak sedak hati.

10. Tinggal lah lg 4 org yg pasrah menanti hari2 yg mendatang. Aku selaku kepala, Faris Zamri(kawan baikku), Syahir(budak sebilikku) dan Sa'adi(org no2 yg join Insaan).

11. Esok dah nak buat ni, tp poster dan handbill masih ade 500 kpg lg ni, mcmne ni? takkan nk mbazir kot? Ok ah,mlm ni, pas Isya' kta akan ke Giant dan Fun Fair. sapu semua kereta, kat Giant, semua org. OK, semua setuju, mlam tu pun, kmi bgerak.jgn balik selagi x habis... BAIK BOS!!! mcm nak mati...

12. Pg tu, kmi sarapan sama2 kat Kawah Thai, mane Sa'adi? entah ar, dah 6 juta kali dah coll ni, tak agkat jgk. yg angkat, hanya pperempuan operator... 'sila tinggalkan pesanan anda'..nak buat ape... Takpe ah, kta gerak dlu.

13. Kerusi, meja, white board, microfon... ok, semua settle. jam dah pkul 10 ni, lg stgah jam nak start, tp x nampak sorang lg pun? Sabar2...'Innallaha maassobirin...'.

14. Abg Zul dah smpai kat luar, ar, tu ade 2 org sister dah dtg. 2 org? ah... hentam saje lah... Faris Zamri mtk sister tu dduk. Abg, ramai sgat dlm sane tu bang,2 org...
Ooo... ye ke..? sy sbnarnya dah agak dah... cancel ar buat kat dewan, kta buat kat kedai makan nak? x ar bzir duit tempah dewan.
Tapi bang, semua poster dah diedar, kalau ubah tempat, takut2 ade yg dtg lambat, mcmane? ttg bayaran, Insya Allah sy settle dgn kapten Masjid kat blakng,(tu untung rapat dgn org masjid, ni masjid x pernoh nampok muke...)
Betul jgk, Ok lah, kta proceed...

15. Sister, mmandangkan org x ramai dtg, kita akan buat dalam group yang kecil(liqa'). So, kami pun mgambil langkah drastik dgn menyusun kerusi dalam bentuk separa bulat, meja ditengah.

16. Tiba2 je, bgaikan hujan dimusim kemarau, dtg 3 org sisters. ar, sorang ni dah dtg mse 2nd liqa' kta ari tu kan... mmm... mtk maaf ar, mmndgkan pnyertaan x ramai, sbb mmg kta expext x ramai pon..(ayat goreng) so, kta still proceed dgn gnakan satu sudut dlm dewan tu. bleh ambik tempat duduk eh... wa... bere muke ni... tp tkpe, ini satu permulaan...(wak sedak hati jgok)

17. fuh... mmg hebat abg Zul bg talk... semue nmpak mcm terpaku, x mmpu mgelak segala pendapat yg di lontarkan anak kelahiran Terengganu yg telah 10 tahun berkecimpung dlm bidang MLM ni... 'ah..aku pun nak jd hebat mcm dia jgk satu hari nti, tp nak lg hebat lg. aku nak seluruh House Of Representatives kat Malaysia ni kalah mdgar hujah2 yg brpihak di sebelah Islam suatu hari nti...' "Mu'min yg kuat lebih dikasihi oleh Allah berbnding mu'min yg lemah".. ah, ape pulak aku merepek ni???

18. "sy ambik sekejap bang,boleh?"aku mtk izin abg Zul utk mcelah,sebaik shj dia selesai bg talk."ambik2..."."Ok, lepas ni, kita akan buka pnyertaan kita pd budak2 1st year yg akan kita buat pd...bla3x..." aku ceritakan sgala perancgan yg telah kami bincg bbrapa hari sblum blangsungnya talk pd hari ini...semua nampak yakin dan tampak bersemangat...

19. Suasana mjadi sunyi, sesunyi waktu malam sebaik shj azan zohor dikumandangkan...
"baik, lpas ni, ape2 okara, tolong refer pd Faris, dia leader kat sini..." Abg Zul mbrikan kate2 trakhir sbaik shj Azan Zohor selesai...

20. Kita tutup dgn tasbih kifarah dan Surah Al-ASR...
Majlis pd petang itu brsurai dgn masing2 mbawa satu azam yg tinggi...

21. "So mcmane Reh? ana rase Alhamdulillah doh kalu Gining..."

22. mybe, inilah ketika persamaan di atas patut diapplykan dlm kes ini. baru lah aku sedar akan kpentingan mempelajari Add Math dan Math Moden pd skolah dulu...

500x = 8y
x=poster
y=orang

23. persamaan diatas boleh diterbalikkan mjadi 8y=500x dalam keadaan
y=poster
x=orang yg join INSAAN...

YEA...

Read more

Guru yg dicintai.

Written by pahlawan_kuda 2 comments Posted in:



Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal (1903 - 1976)

Syeikh tarekat Ahmadiyah Idrisiah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa / Sidi Muhammad al-Azhari / Syeikh Mohd. Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat / Gong Kemudu.
Nama penuh ahli sufi ini ialah Haji Daud Shamsuddin b. Hj. Omar al-Libadi. Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad b. Haji Ismail. Manakala bapanya, Hj. Omar b. Hj. Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak.
Antara guru-guru awalnya ialah Hj. Awang Limbat, Tok Kenali, Tok Seredik, Maulana Tok Khurasan dan lain-lain. Beliau pernah belajar di Mekah dengan beberapa guru seperti Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan Syeikh Mohd. Shafie Kedah dan lain-lain.
Setelah kembali dari Mekah pada awal tahun1941, beliau berkebun sambil mengajar agama di beberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula pondok peninggalan bapa mertuanya, Hj. Awang Limbat.
Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan - mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuluddin, furu'uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengalaman zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan para muridnya, beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1956) dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.
Beliau telah meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976. Antara muridnya yang terkenal ialah Prof Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam), Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi dan Drs Abdul Rahman Hj Ahmad.
Menurut Guru kami, sewaktu Tuan Guru Haji Daud meninggal telah berlaku satu peristiwa yang pelik iaitu kedatangan manusia yang sangat luarbiasa ramainya malah tidak diketahui dari mana datangnya sehingga memaksa pihak berkuasa mengawal keadaan dan lalulintas. Malah pengurusan dan penghantaran jenazah beliau dari rumah ke tempat pengebumiannya sangat cepat kerana orang ramai meng'pas'-'pas'kan jenazah beliau dari kediamannya hingga ke tanah perkubururan dimana beliau dikebumikan..
Al-Fatihah untuk Tuan Guru.

Read more

Siapakah kita untuk condemn mereka?

Written by pahlawan_kuda 1 comments Posted in:



Salamullahu wassalam diucapkan kpd sluruh penduduk langit dan bumi,Juga kpd Sayiduna wa Qudwatina wa Maulaana Muhammad S.A.W, Berkat segala batang tubuh baginda dan perjuangan bagindalah kita pd hari ini dpt hidup dlm suasana aman dan harmoni berlandaskan Islam yg diredhai.

2. Allah telah berfirman dlm satu ayat yg bermaksud:
{...sesungguhnya awliya'Allah(pembantu2 agama Allah) tidak akan sekali2 mereka takut dan mereka sedih.}

3. Ayat yg menerangkan ttg keadaan waliullah yg tdk ada sedikit pun ddlm hati mereka perasaan takut akan segala musibah, dugaan dan apa shj perbuatan drp makhluk,baik atau buruk. Serta jauh sekali mrka bersedih dgn ujian yg melanda. bekalan mereka hanyalah TAQWA...

4. WaliuAllah seperti ini yg kehidupan mereka seolah2 bayangan kehidupan Rasulullah S.A.W,menunaikan solat,beribadah,hidup dan mati mereka hanyalah Lillahi Robbil Alamin, selari dgn apa yg mereka bai'ahkan 5 kali sehari semalam ddlm solatnya.

5. Ketika solat, degupan jantung mereka seolah2 berhenti berdegup,nyawa mereka telah melayang ke Sidratul Muntaha bertemu kekasih mereka YG AGUNG, hilang kewujudan diri mereka didlm lautan Makrifat.

6. Target hidup mereka bukan lagi kasihkan Syurga ataupun takutkan neraka, akan tetapi hanyalah semata2 Keredhaan Tuhan mereka, MARDHOTILLAH.

7. Kisah hidup Imam Nawawi R.A yg hanya makan sekali selepas Isya' dan hanya minum pd waktu sahur. Beliau telah mewaqafkan diri untuk jalan Islam dgn menuntut ilmu dan mengarang kitab. pernah beliau x berbaring dlm masa 2 tahun kerana terlalu asyik dgn menuntut ilmu. kehidupan beliau hanyalah semata2 dihabiskan utk mengajar,berzikir dan berpuasa.Meninggal dunia dlm usia 45 tahun dan belum sempat berumah tangga.

8. kisah Imam Ghazali dan Imam as-Syafie,mengabdikan diri bertahun2 lamanya bg menuntut ilmu, kisah seorg khalifah Abbasiah yg siangnya sibuk dgn urusan negara dan malamnya dgn beribadah, lantas seorg rakyat menanyakan setiausaha beliau akan waktu rehatnya, dijawab s/u itu, Khalifah hanya berehat ketika solat.

9. Kisah bgaimana Rabiatul Adawiyah,seorg perempuan solehah bertaraf wali,
pd waktu siangnya beliau berpuasa (hanya 5 hari beliau x berpuasa dlm setahun) sambil bekerja bg menampung makan dan minumnya seharian, manakala pd wktu malam, matanya bercucuran dgn air mata menangisi dirinya tanpa pernah meninggalkan solat sunat mutlak 1000 rakaat setiap mlm.

10. Sehingga pernah beliau pd suatu hari ditegur oleh seorg perempuan yg melihat beliau membawa sebekas air ditangan kanan dan api ditangan kiri, jwbnya aku ingin membakar Syurga,biar slpas ini, tiada org beribadat hanya kerana Syurga dan memadamkan api neraka agar selepas ini tiada org beribadat kerana takutkan neraka.

11. NAMUN, berbeza kita pd hri ini, mulut kita mengaku pejuang agama, tp hati kita penuh dgn hasad dan perasaan dengki. Berjuang kerana inginkan jawatan, dikatakan hebat, meninggalkan nama kpd generasi2 selepas dan lain2 kepentingan lg. Apakah kita telah lupa akan bai'ah kita ketika dialam Arwah dhulu yg mngaku Tuhan kita adalah Allah? Berjuang, ttpi hati masih berlumuran maksiat dan kehitaman tanpa usaha menghilangkannya.

12. Bertambah Sedih, apabila terdapat beberapa kelompok ddlm gerakan Islam, dgn bongkaknya condemn ulama2 serta para auliya' ini dgn mendakwa mereka dgn pelbagai dakwaan. bid'ah, sesat, jumud. taqlid buta dan bermacam2 lg. baru masuk universiti, ambil kos Ilmu wahyu, syariat Islam, Qur'an Sunnah x smpai setahun,tp berlagak umpama saintis Islam yg mgkaji ilmu2 al-Qur'an, as-Sunnah serta mghafal beribu2 hadis.

13. Apakah JAHILNYA MEREKA YG MEMPUNYAI PEMIKIRAN SEPERTI INI???
Dgn hanya berbekalkan ilmu2 yg baru 2-3 tahun mereka pelajari, mereka condemn AHLILLAH yg siang dan malam hidup mereka dgn Allah, mghafaz beratus2 ribu hadis, serta mujahid lagi sufi ini???

14. Golongan2 seperti ini ibarat mencari nahas dan bala Allah. Tidakkah mereka pernah mendengar yg Allah telah berfirman di dalam al-Quran, brgsiapa yg memusuhi dan menyakiti awliya'Ku,nescaya Aku Isytiharkan perang keatasnya.

SIAPAKAH KITA UNTUK CONDEMN MEREKA???

Read more

How Intelligent we are as a Law Student?

Written by pahlawan_kuda 1 comments Posted in:

1. I'm not an expert person in using english as my second language... but, i cannot deny that in one day, in order to protect my religion, i should have the ability to communicate with oter person using the global language.

2. how can i be a 'shield of islam',if until now, i cannot speak very well to my friends and my lecturers in my class... So, start from now, at this precious time, i've to grab the callenge! Starting in writing, i'll try to improve my skill in communicating english. All of you, hopefully may help me...

3. I just want to give my opinion about our law that we practice right now... I don't know, how intelligent we are when in university, we are study about the law in our world,in our country, how to moot and so on.

4. Then,we are graduate with the label of a law student and looking for any firm to gain the experience of being a junior lawyer.

5. After at least 9 months, we will be a 'pure' lawyer. But, what happen is, we always burden with the sin. so much sins that we have to be responsibled in front of Allah at the day of judgement.

6. We defend a person that is charge of theft, then after many days we revel the truth,then finally he is not liable. but the second person that we are against was found gilty. So, the court was held to the offender to 3 years imprisonment and RM3000 as the fine.

7. But, the question that we, as a muslims lawyer have to ponder and wonder, about the punishment. Are the punishment to the offender as a theft is just?

8. The justice that we discuss right now here is, justice to the person, family,and to the other person of society.

9. How intelligent we are as the human,to against the law of God? our truth Creator? So, it is not a weird when from day to days, we are facing many cases that treat our life daily.

10. Just to you,as the Muslim and also to make you realize that we are now make the stupid thing to spend a lot of years to maintain the symbol of our enemies, JEWS!

Read more

1. Isu Bekas Exco kerajaan Perak, merangkap YB Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pantai Remis drp DAP,Nga Kor Ming menjadi semakin hangat selepas 4 NGO membuat laporan polis berhubung tindakan beliau membaca ayat suci Al-Qur'anul karim ketika menyampaikan ceramah politik di Perak. Bertambah panas apabila BN memainkan sentimen agama dan kaum bg meraih undi di ketiga2 kawasan mengundi.

2. Kenapa nak marah? sebab yg melafazkan ayat al-Quran itu bkan Islam? kalau mcm tu, org kristian, hindu, dan Buddha x dpt baca al-Qur'an lah... Sebab ape? sebab mereka tu hina? makan babi? x Islam? apakah dungunya pemikiran mereka ini...

3. Sedangkan al-Qur'an itu adalah Rahmat bg sekalian alam,bukan bg sekalian umat Islam shj. Firman Allah:
"Maka tidak Aku utuskanmu(Muhammad) melainkan sebagai Rahmat utk sekalian Alam..."
Fahami betul2 ayat ini.Nabi diutuskan bg Rahmat utk sekalian alam, dan ajaran yg Nabi bawa adalah al-Quran. Jadi seluruh alam, bersumberkan kpd Al-Quran.

4. Sumber2 telah menunjukkan, org bukan Islam pd hari ini terutama Saintis2 barat menggunakan Al-Quran sbg rujukan utama mereka bg mencari jawapan2 berkenaan pelbagai perkara. Drp cara untuk makan,buang air, undang2, mencegah gejala sosial sehinggalah kpd bidang2 sains astronomi. Semakin mereka mengkajinya, semakin mereka kagum dgn Islam dan ramai antara mereka yg telah memeluk Islam. Subhanallah...

5. Allah tidak pernah melarang manusia mengkaji Al-Quran,bahkan di beri galakan supaya mereka mengkaji mukjizat agung ini."Man Jadda Wa Jada..." Hadis yg mberi msej kpd umat islam supaya merebut peluang itu, dlm hal ini, siapa yg mgkaji, mreka akan mjumpainya.

6. Situasi ini, ana kira amat memalukan...
Bukan malukan org bukan Islam tu, tp memalukan umat islam sendiri. apakah mesej yg Allah ingin sampaikan kpd kita, betapa kita,umat Islam di Malaysia tidak memanfaatkan mukjizat al-Quran sehinggakan org bukan Islam sendiri yg menjadikan al-Qu'ran sbg 'source' utk mereka mcari kebenaran serta menempelak org yg mjdikan Islam sekular sbg ajaran mereka.

7. Mereka mengutuk tindakan YB drp DAP itu serta dgn lantang menyatakan yg mereka pantang dicabar jika agama Islam dipermainkan oleh sesiapa shj, Tetapi HAKIKATNYA,
mereka MENGUTUK DIRI MEREKA SENDIRI dan menzahirkan KEJAHILAN mereka sendiri...

8.Islam bukan milik Melayu shj, tetapi milik seluruh makhluk di alam ini.

Ingatlah peringatan allah ini, JANGAN SAMPAI IA MENJADI REALITI KPD MASYARAKAT ISLAM KITA DI MALAYSIA!!!
"... andai sekiranya mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, Allah akan membiarkan mereka(didalam kesesatan) dan Allah akan membangkitkan suatu kaum yg lain yg mana mereka kasihkan Allah dan Allah mengasihi mereka, dan mereka berjihad dijalan Allah dgan sebenar2nya..."

Read more

Di manakah Jalan Itu Ya Rabbi...

Written by pahlawan_kuda 2 comments Posted in:


Ummat Islam pd hari ini sedang mencari2 jalan apakah yg sesuai utk mereka ikuti bg mencapai hakikat Zat Illahi. Namun, beratus2 tahun dahulu,Satu jalan yg telah sekian lama umat Islam meminggirkannya pd hari ini adalah jalan pendekatan diri kpd Sang Pencipta yg hakiki melalui Hakikat Insaniah.

Mereka hanya pandai membilang yang Islam itu terbahagi kpd 3 rukun perkara asas, iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Apakah yg mereka faham mengenai ketiga2 perkara yg mjdi tunjang utama Islam ini?

Jika mereka memahami bahawa Islam itu adlah menunaikan 5 rukun Islam, Iman itu percaya dan Jazam betul2 ttg keenam2 rukun yg telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, tetapi apakah sekadar mengatakan bhwa Ihsan itu,"beribadat kpd Allah spertimana kamu melihat Allah dan jikalau tidak dapat melihat Allah, rasailah bhwa Allah itu melihat kamu"??? cukup sekadar itu shj?

YA, pada hari ini kita solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa, kenal Allah Taala sekenal2nya dan sebagainya, Namun apakah HATI kita mengiakannya? atau beribadah sekadar syarat yg diwajibkan? Bagaimana Kekhusyukan Hati kita didalam solat dan penyerahan diri kita didalam pengabdian kpdNya?

Apakah kita sudah lupa bhwa solat itu terdiri drp 3 Rukun? Qouli, Fi'ili dan Qolbi? mgkin bcaan kita ddlm solat sudah sempurna ddlam kelas Tajwid, pergerakan kita sudah disahkan oleh guru agama kita, tetapi,bgaimana ttg rukun solat ke-3? Hati kita adkah sudah suci drp 10 sifat2 Mazmumah yg bukan menjadi pakaian kita?atau zahirnya kita solat,hakikatnya, ZERO? tiada kekhusyukan dan melihat Allah dgn mghadirkan kewujudan Zat Allah serta segala kesempunaan Pencipta kita itu?

Rasulullah S.A.W serta Sahabat2 Baginda adlah contoh utama seluruh insan.
bila Solat, jiwa mereka seolah2 terbang bertemu Tuhannya, tidak sedar panah yg sedang dicabut di kakiNya, lupa bhwa mereka sudah berhari2 tidak makan, lupa akan segala2nya,mereka tenggelam didalam lautan Robbaniyah, melayang2 mengecapi keenakan Lahut atau Jabarut.Walaupun pd Zahir, dirinya berada dibelakang Imam, di bumi kering serta tandus yg penuh dgn dugaan duniawi yg dilakonkan oleh pelakon,ttpi pengarahnya adlah ALLAH! tiada penyerahan yg Abadi melainkan Pengabdian kepada TUAN PENGARAH.

DIAlah Pentadbir Alam dan DIAlah yang mengehendaki segala2nya... ya Allah, Aku rindukan Jalanmu itu. temukan aku sebelum rohku bertemuMu Ya Allah. Ku amat tahu bhwa ia amat mengenakkan.

Read more

kesedaran untuk mengembalikan Empayar

Written by pahlawan_kuda 0 comments Posted in:

1. Menjelang tahun 2009, genaplah 85 tahun kejatuhan Khilafah Islamiah dr atas muka bumi ini. 1924 adalah tahun bermulanya titik hitam bg umat Islam keseluruhannya apabila kerajaan Turki Uthmaniyah yg brpusat di Islambul (kini Istanbul),Turki dijatuhkan oleh musuh2 Islam yg didalangi oleh Kamal At-Tartuk Laknatullahi alaih.

2. Hal ini bermakna, semenjak drp tarikh itu sehinggalah sekarang, umat Islam keseluruhannya telah menanggung Dosa selama 85 tahun!!!

3. Ini kerana, satu2nya Tanggungjawab Fardhu kifayah ke atas keseluruhan ummat Islam iaitu untuk mengembalikan Empayar Khilafah Islamiah belum lg dilaksanakan.

4. Analoginya ckup mudah, urusan myempurnakan jenazah seperti memandikan jenazah adlah Fardhu Kifayah bg sesebuah Masyarakat Islam, akan tetapi sampai ke sudah, mayat itu masih belum dimandikan lagi. jadi, satu masyarakat Islam itu berdosa sehinggalah mayat itu disempurnakan.

5. menyedari hakikat ini, pada tahun 1928,timbul kesedaran dari dlm diri seorang pencinta Islam yang agung untuk membentuk satu gerakan Islamiah yang visi utama gerakan haraki itu adalah untuk Mengembalikan Khilafah Islamiah yg telah hilang. Bermula drp seorang, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna menyebarkan idea gerakan islamiah yg diberi nama Ikhwanul Muslimin ini kpd masyarakat Mesir.

6. Dakwh yang meletakkan tunjang utamanya adlh Usrah ini akhirnya dikembangkan ke serata dunia apabila ibu pejabat Ikhwanul Muslimin dipindahkan ke Kaherah dan aktiviti dakwahnya telah dijalankan di Universiti al-Azhar, Universiti tertua didunia yg para pelajarnya adlh drp seluruh dunia.

7. Hari ini, dakwah mngakkan khilafah ini telah meresap ke dalam sistem politik di negara2 seluruh dunia. Kalau di Palestin ia dipanggil HAMAS, kalau di Indonesia ia dpggil PKS, di Malaysia sndiri, gerakan ini dipggil PAS!

8. Persoalannya, adakah Wajib kita selaku umat islam mempelopori Jemaah tertua dan niat sucinya di Redhoi ini???

9. Jawapannya adlah wajib! selagi mana Empayar Islam msih blum ttegak di atas muka bumi ini, pjuangan ini wajib di teruskan oleh semua umat Islam!

10. kata satu kaedah fiqh,'Malla yatimmul wajib, illa bihi, fahuwl wajib. mksud cari sdiri.

11. Jadi, sy menyeru seluruh umat Islam, buatlah pilihan yg betul dlm mmilih jemaah mana yg spatutnya kita intima'kan selagi kita berada di atas muka bumi ini. takut2, bila kitab amalan dibuka, kita bukanlah dr kalangan mereka... waiyazubillahi min zaalik.

12. INGATLAH WAHAI SAHABAT SOHABIAHKU!
"ISLAM TIDAK MEMERLUKAN KITA, TETAPI KITALAH YANG MEMERLUKAN ISLAM"

13. Janji baginda Rasulullah S.A.W. yg mksudnya bhwa Khilafah islamiah akan kembali tertegak di atas muka bumi ini, kemudian baginda diam.

14. Adakah kita hanya menunggu janji ini ditunaikan??? adakah apbila baginda S.A.W berjanji suatu ketika dahulu yang Islam akan dpt menawan Rom, Parsi dan Kota Byzantine, sahabat2 dan umat Islam pd ketika itu berdiam diri?

15. Muhasabahlah diri kita, adakah kita adalah drp kalangan mereka...

Read more

Kesedaran yang kian hilang

Written by pahlawan_kuda 2 comments Posted in:

1. Jam 8 pg ini, aku nekad nak buat satu blog. Bukan untuk menunjuk2 yang kita ade blog sendiri atau nak 'mencapub', tapi tatkala mengenangkan kian hari, ramai penulis blog yang menggunakan ruangan 'FREEDOM OF SPEECH' ini menyuarakan segala kejahilan isi hati mereka pada ruangan maya ini.

2. tambahan lagi, dunia hari ini, dapat diperhatikan, corak pemikiran masyarakat bukan sahaja dalam negara, tetapi dunia keseluruhannya telah berubah. kalau dulu cari idea melalui baca buku2 serta rujuk al-Quran dan as-Sunnah,atau tanya pendapat orang dewasa, tapi skarang, Internet adalah segala2nya.

3. persoalannya, adakah pendapat itu benar2 sahih dan mempunyai dalil yang kukuh?
adakah pemikiran mereka disandarkan dengan hukum-hakam Islam?

4. Kesan yang paling ketara yg dpt dperhatikan adalah, corak pemikiran sstgah manusia daripada semua lapisan masyarakat berkiblatkan 'pendapat orang' semata2. kemudian pdgan yang salah ini di'apply'kan kedalam diri, keluarga dan masyarakat. so,jadilah mereka sebagaimana Firman Yang Maha Agung: "...dollu wa adollu..." sesat lagi menyesatkan!

5. disini bukanlah aku ingin mengatakan yang aku ni alim serba-serbi, walaupun memang nama aku dlm Bahasa melayu bermaksud 'Yang Alim', tetapi berpandukan ilmu yang amat sedikit ini serta akalku yang dangkal lagi bodoh ini, aku, yang telah melafazkan BAI'AH dihadapan ALLAH semasa di alam Arwah,serta lafaz Syahadatain 5 kali sehari semalam, SUNGGUH! tidak akan sekali2 aku biarkan perkara ini terus berlaku.

6. aku tak nak bawakan contoh disini,tapi bak kata Nik Hanis,' ar,Lu pikir larr sendiri...'

7. Kupunyai Qudrat, Kupunyai Akal, Kupunyai DIA YANG AGUNG, akanku kembalikan Kesedaran yang kian hilang dan tidak akan membiarkannyaterus hilang... Salam Ukhwah dariku dan sambutlah Salam perjuangan drp diriku yang serba lemah lagi jahil lni...

SYUKRAN...

Read more