Kesedaran yang kian hilang

Written by pahlawan_kuda 2 comments Posted in:

1. Jam 8 pg ini, aku nekad nak buat satu blog. Bukan untuk menunjuk2 yang kita ade blog sendiri atau nak 'mencapub', tapi tatkala mengenangkan kian hari, ramai penulis blog yang menggunakan ruangan 'FREEDOM OF SPEECH' ini menyuarakan segala kejahilan isi hati mereka pada ruangan maya ini.

2. tambahan lagi, dunia hari ini, dapat diperhatikan, corak pemikiran masyarakat bukan sahaja dalam negara, tetapi dunia keseluruhannya telah berubah. kalau dulu cari idea melalui baca buku2 serta rujuk al-Quran dan as-Sunnah,atau tanya pendapat orang dewasa, tapi skarang, Internet adalah segala2nya.

3. persoalannya, adakah pendapat itu benar2 sahih dan mempunyai dalil yang kukuh?
adakah pemikiran mereka disandarkan dengan hukum-hakam Islam?

4. Kesan yang paling ketara yg dpt dperhatikan adalah, corak pemikiran sstgah manusia daripada semua lapisan masyarakat berkiblatkan 'pendapat orang' semata2. kemudian pdgan yang salah ini di'apply'kan kedalam diri, keluarga dan masyarakat. so,jadilah mereka sebagaimana Firman Yang Maha Agung: "...dollu wa adollu..." sesat lagi menyesatkan!

5. disini bukanlah aku ingin mengatakan yang aku ni alim serba-serbi, walaupun memang nama aku dlm Bahasa melayu bermaksud 'Yang Alim', tetapi berpandukan ilmu yang amat sedikit ini serta akalku yang dangkal lagi bodoh ini, aku, yang telah melafazkan BAI'AH dihadapan ALLAH semasa di alam Arwah,serta lafaz Syahadatain 5 kali sehari semalam, SUNGGUH! tidak akan sekali2 aku biarkan perkara ini terus berlaku.

6. aku tak nak bawakan contoh disini,tapi bak kata Nik Hanis,' ar,Lu pikir larr sendiri...'

7. Kupunyai Qudrat, Kupunyai Akal, Kupunyai DIA YANG AGUNG, akanku kembalikan Kesedaran yang kian hilang dan tidak akan membiarkannyaterus hilang... Salam Ukhwah dariku dan sambutlah Salam perjuangan drp diriku yang serba lemah lagi jahil lni...

SYUKRAN...

2 comments:

  1. ~najah najihah~

    salam ziarah...
    selamat teruskan perjuangan..!!
    kongsi2lah ilmu yg bmanfaat..
    smg diberkati Allah selalu..
    ;p

    January 21, 2009 at 1:46 PM
  2. Iskandar Zulkarnain

    Saya merasakan menjadi tanggungjawab saya untuk memperbetulkan tanggapan saudara Hafizul. Saya setuju dengan pendapat beliau yang mengatakan bahawa Internet bukanlah sumber rujukan utama tetapi perlu diakui kini bahawa Internet mempunyai banyak faedah di samping ada kesan buruknya.

    Kita sebagai orang Islam sudah tentu sumber rujukan kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Jika niat saudara ingin menggunakan alam maya ini sebagai wadah dakwah teruskan usaha anda. Tetapi anda jangan cuba anda kaitkan Internet dengan Al-Quran dan Sunnah.

    Kini,ramai orang menggunakan blog,facebook,twitter,my space dan macam-macam lagi. Salah satu sebab orang ramai mula menggunakan teknologi alam maya ini adalah kerana mereka ingin menyatakan pendapat dan menzahirkan pandangan atau pendirian mereka. Memang tidak dapt dinafikan bahawa ada blogger yang membuat onar serta bersikap menghentam sembrono. Tidak salah kalau menjadi blogger tetapi cara pengolahan isu itu mesti baik. saya mmenggunakan blog untuk menyatakan pendapat saya dalam apa-apa isu semasa tanpa bersikap berpihak

    September 28, 2009 at 6:26 AM