Tahniah pahlawan keamanan!

Written by pahlawan_kuda 1 comments Posted in:

1. Ogos bermula dgn melayarkan satu peristiwa penting dalam satu lg episod kekejaman dan kesombongan parti pemerintah tanah air apabila hak dan kebebasan rakyat yg terkandung dalam Undang2Perlembagaan(Federal Constitution) article 10 yg menyatakan hak dan kebebasan bersuara(fredom of speech).

2. Usaha yg telah bermula semenjak penahanan D.S.Anwar Ibrahim 1997 dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yg totally kuasa diletakkan dibawah Eksekutif power, melalui Kementerian Dalam Negeri. Bermakna akta ini secara mudahnya dapat dimanupulasi oleh segolongan orang terutama golongan pemerintah kerana mereka memegang kuasa Eksekutif melalui majoriti kerusi Dewan Rakyat.

3. Nah,1 Ogos 2009,sekali lg Malaysia menyaksikan adegan manipulation of power parti pemerintah tanah air.

4. memang teruja untuk diri ini bersama2 pejuang bangsa dan keadilan ini, tetapi apakah daya,terpaksa membatalkan hasrat itu atas sebab commitment lain yang tidak dapat dielakkan... Namun, Hati ini masih berkobar2 untuk meruntuhkan sistem yg sekian lamanya menjajah pemikiran bangsa dan rakyat Malaysia.

5. Apa2 pun, TAHNIAH diucapkan kepada para aktivis yg tidak menghiraukan kesan yg bakal diterima,rela turun untuk Berdemonstrasi demi keamanan dan keadilan di negara tercinta ini.

6. Kita sama2 selepas ini bukan sahaja meruntuhkan sistem kejam ini, Bahkan kita
sama2 berjuang membuang isme ini daripada terus menjajah pemikiran generasi kita.

7. HIDUP BUKAN UNTUK DIJAJAH!!!
BANGUNLAH ISLAM, BANGUNLAH UMMAH!
KITA SAMA-SAMA MENUJU KEJAYAAN!!!

1 comments:

  1. incek.loyer

    pahlawan keamanan??

    apsal ko xjdik j sbhagian dr dorg??

    October 11, 2009 at 7:12 PM