1. Isu Bekas Exco kerajaan Perak, merangkap YB Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pantai Remis drp DAP,Nga Kor Ming menjadi semakin hangat selepas 4 NGO membuat laporan polis berhubung tindakan beliau membaca ayat suci Al-Qur'anul karim ketika menyampaikan ceramah politik di Perak. Bertambah panas apabila BN memainkan sentimen agama dan kaum bg meraih undi di ketiga2 kawasan mengundi.

2. Kenapa nak marah? sebab yg melafazkan ayat al-Quran itu bkan Islam? kalau mcm tu, org kristian, hindu, dan Buddha x dpt baca al-Qur'an lah... Sebab ape? sebab mereka tu hina? makan babi? x Islam? apakah dungunya pemikiran mereka ini...

3. Sedangkan al-Qur'an itu adalah Rahmat bg sekalian alam,bukan bg sekalian umat Islam shj. Firman Allah:
"Maka tidak Aku utuskanmu(Muhammad) melainkan sebagai Rahmat utk sekalian Alam..."
Fahami betul2 ayat ini.Nabi diutuskan bg Rahmat utk sekalian alam, dan ajaran yg Nabi bawa adalah al-Quran. Jadi seluruh alam, bersumberkan kpd Al-Quran.

4. Sumber2 telah menunjukkan, org bukan Islam pd hari ini terutama Saintis2 barat menggunakan Al-Quran sbg rujukan utama mereka bg mencari jawapan2 berkenaan pelbagai perkara. Drp cara untuk makan,buang air, undang2, mencegah gejala sosial sehinggalah kpd bidang2 sains astronomi. Semakin mereka mengkajinya, semakin mereka kagum dgn Islam dan ramai antara mereka yg telah memeluk Islam. Subhanallah...

5. Allah tidak pernah melarang manusia mengkaji Al-Quran,bahkan di beri galakan supaya mereka mengkaji mukjizat agung ini."Man Jadda Wa Jada..." Hadis yg mberi msej kpd umat islam supaya merebut peluang itu, dlm hal ini, siapa yg mgkaji, mreka akan mjumpainya.

6. Situasi ini, ana kira amat memalukan...
Bukan malukan org bukan Islam tu, tp memalukan umat islam sendiri. apakah mesej yg Allah ingin sampaikan kpd kita, betapa kita,umat Islam di Malaysia tidak memanfaatkan mukjizat al-Quran sehinggakan org bukan Islam sendiri yg menjadikan al-Qu'ran sbg 'source' utk mereka mcari kebenaran serta menempelak org yg mjdikan Islam sekular sbg ajaran mereka.

7. Mereka mengutuk tindakan YB drp DAP itu serta dgn lantang menyatakan yg mereka pantang dicabar jika agama Islam dipermainkan oleh sesiapa shj, Tetapi HAKIKATNYA,
mereka MENGUTUK DIRI MEREKA SENDIRI dan menzahirkan KEJAHILAN mereka sendiri...

8.Islam bukan milik Melayu shj, tetapi milik seluruh makhluk di alam ini.

Ingatlah peringatan allah ini, JANGAN SAMPAI IA MENJADI REALITI KPD MASYARAKAT ISLAM KITA DI MALAYSIA!!!
"... andai sekiranya mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, Allah akan membiarkan mereka(didalam kesesatan) dan Allah akan membangkitkan suatu kaum yg lain yg mana mereka kasihkan Allah dan Allah mengasihi mereka, dan mereka berjihad dijalan Allah dgan sebenar2nya..."

1 comments:

  1. Hamba Ilahi

    ni la lumrah di malaysia..papun banyak doa u negara kita ni....
    betul kata anda semirip kata Tuan Guru. entah pa yang dorang fikir bila org vbukan melayu baca Al-Quran.saya syor awak baca surat dari Tuan Guru Nik Aziz untuk YB Encik Nga Kor Ming.
    www.blogtokguru.com

    April 12, 2009 at 10:31 AM