Guru yg dicintai.

Written by pahlawan_kuda 2 comments Posted in:



Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal (1903 - 1976)

Syeikh tarekat Ahmadiyah Idrisiah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa / Sidi Muhammad al-Azhari / Syeikh Mohd. Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat / Gong Kemudu.
Nama penuh ahli sufi ini ialah Haji Daud Shamsuddin b. Hj. Omar al-Libadi. Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad b. Haji Ismail. Manakala bapanya, Hj. Omar b. Hj. Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak.
Antara guru-guru awalnya ialah Hj. Awang Limbat, Tok Kenali, Tok Seredik, Maulana Tok Khurasan dan lain-lain. Beliau pernah belajar di Mekah dengan beberapa guru seperti Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan Syeikh Mohd. Shafie Kedah dan lain-lain.
Setelah kembali dari Mekah pada awal tahun1941, beliau berkebun sambil mengajar agama di beberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula pondok peninggalan bapa mertuanya, Hj. Awang Limbat.
Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan - mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuluddin, furu'uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengalaman zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan para muridnya, beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1956) dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.
Beliau telah meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976. Antara muridnya yang terkenal ialah Prof Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam), Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi dan Drs Abdul Rahman Hj Ahmad.
Menurut Guru kami, sewaktu Tuan Guru Haji Daud meninggal telah berlaku satu peristiwa yang pelik iaitu kedatangan manusia yang sangat luarbiasa ramainya malah tidak diketahui dari mana datangnya sehingga memaksa pihak berkuasa mengawal keadaan dan lalulintas. Malah pengurusan dan penghantaran jenazah beliau dari rumah ke tempat pengebumiannya sangat cepat kerana orang ramai meng'pas'-'pas'kan jenazah beliau dari kediamannya hingga ke tanah perkubururan dimana beliau dikebumikan..
Al-Fatihah untuk Tuan Guru.

2 comments:

  1. RiJAluDDin

    salam'alaik,

    klu nta nk tmbhkan pengetahuan mengenai siasah maka ana cadangkan baca:


    Tanya tentang buku ini
    Tajuk : Sistem Politik Islam
    Pengarang : Khalid Ali Muhammad al-Anbariy
    Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
    Harga seunit (piece): RM 29.90

    #bacaan buku ni pada level sederhna

    May 2, 2009 at 12:20 AM
  2. Anonymous

    Guru no.1 adalah guru yg dapat mentalbiahkan roh kita. itulah sebenar2 guru.
    Guru mursyid,memainkan peranan penting dalam membawa murid2nya kearah mengenali Allah bukan hanya melalui Ilmu, tetapi melalui rasa.

    May 2, 2009 at 2:41 AM