"Aku datang ke dunia ini hanya membawa 2 MISI UTAMA, menjadi hamba Allah yang muttaqin dan menjadi seorang Khalifah yg membawa syiar Islam ke tempat yang tertinggi. Jika aku gagal membawa salah satu atau kesemuanya,maka NERAKA adalah selayaknya bagiku..."
Ummat Islam pd hari ini sedang mencari2 jalan apakah yg sesuai utk mereka ikuti bg mencapai hakikat Zat Illahi. Namun, beratus2 tahun dahulu,Satu jalan yg telah sekian lama umat Islam meminggirkannya pd hari ini adalah jalan pendekatan diri kpd Sang Pencipta yg hakiki melalui Hakikat Insaniah.
Mereka hanya pandai membilang yang Islam itu terbahagi kpd 3 rukun perkara asas, iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Apakah yg mereka faham mengenai ketiga2 perkara yg mjdi tunjang utama Islam ini?
Jika mereka memahami bahawa Islam itu adlah menunaikan 5 rukun Islam, Iman itu percaya dan Jazam betul2 ttg keenam2 rukun yg telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, tetapi apakah sekadar mengatakan bhwa Ihsan itu,"beribadat kpd Allah spertimana kamu melihat Allah dan jikalau tidak dapat melihat Allah, rasailah bhwa Allah itu melihat kamu"??? cukup sekadar itu shj?
YA, pada hari ini kita solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa, kenal Allah Taala sekenal2nya dan sebagainya, Namun apakah HATI kita mengiakannya? atau beribadah sekadar syarat yg diwajibkan? Bagaimana Kekhusyukan Hati kita didalam solat dan penyerahan diri kita didalam pengabdian kpdNya?
Apakah kita sudah lupa bhwa solat itu terdiri drp 3 Rukun? Qouli, Fi'ili dan Qolbi? mgkin bcaan kita ddlm solat sudah sempurna ddlam kelas Tajwid, pergerakan kita sudah disahkan oleh guru agama kita, tetapi,bgaimana ttg rukun solat ke-3? Hati kita adkah sudah suci drp 10 sifat2 Mazmumah yg bukan menjadi pakaian kita?atau zahirnya kita solat,hakikatnya, ZERO? tiada kekhusyukan dan melihat Allah dgn mghadirkan kewujudan Zat Allah serta segala kesempunaan Pencipta kita itu?
Rasulullah S.A.W serta Sahabat2 Baginda adlah contoh utama seluruh insan.
bila Solat, jiwa mereka seolah2 terbang bertemu Tuhannya, tidak sedar panah yg sedang dicabut di kakiNya, lupa bhwa mereka sudah berhari2 tidak makan, lupa akan segala2nya,mereka tenggelam didalam lautan Robbaniyah, melayang2 mengecapi keenakan Lahut atau Jabarut.Walaupun pd Zahir, dirinya berada dibelakang Imam, di bumi kering serta tandus yg penuh dgn dugaan duniawi yg dilakonkan oleh pelakon,ttpi pengarahnya adlah ALLAH! tiada penyerahan yg Abadi melainkan Pengabdian kepada TUAN PENGARAH.
DIAlah Pentadbir Alam dan DIAlah yang mengehendaki segala2nya... ya Allah, Aku rindukan Jalanmu itu. temukan aku sebelum rohku bertemuMu Ya Allah. Ku amat tahu bhwa ia amat mengenakkan.
Copyright 2010 "Dua Misi"
Theme designed by Lorelei Web Design
Blogger Templates by Blogger Template Place | supported by One-4-All
2 comments:
ringkas, tp padat..bagus!
March 1, 2009 at 7:56 AMAhli siasah yang menekankan pentarbiyyahan..
April 26, 2009 at 8:18 PMBagus2, ada keseimbangan! Teruskan memperbanyakkan menulis artikel sebegini!
Post a Comment