Siapakah kita untuk condemn mereka?

Written by pahlawan_kuda 1 comments Posted in:



Salamullahu wassalam diucapkan kpd sluruh penduduk langit dan bumi,Juga kpd Sayiduna wa Qudwatina wa Maulaana Muhammad S.A.W, Berkat segala batang tubuh baginda dan perjuangan bagindalah kita pd hari ini dpt hidup dlm suasana aman dan harmoni berlandaskan Islam yg diredhai.

2. Allah telah berfirman dlm satu ayat yg bermaksud:
{...sesungguhnya awliya'Allah(pembantu2 agama Allah) tidak akan sekali2 mereka takut dan mereka sedih.}

3. Ayat yg menerangkan ttg keadaan waliullah yg tdk ada sedikit pun ddlm hati mereka perasaan takut akan segala musibah, dugaan dan apa shj perbuatan drp makhluk,baik atau buruk. Serta jauh sekali mrka bersedih dgn ujian yg melanda. bekalan mereka hanyalah TAQWA...

4. WaliuAllah seperti ini yg kehidupan mereka seolah2 bayangan kehidupan Rasulullah S.A.W,menunaikan solat,beribadah,hidup dan mati mereka hanyalah Lillahi Robbil Alamin, selari dgn apa yg mereka bai'ahkan 5 kali sehari semalam ddlm solatnya.

5. Ketika solat, degupan jantung mereka seolah2 berhenti berdegup,nyawa mereka telah melayang ke Sidratul Muntaha bertemu kekasih mereka YG AGUNG, hilang kewujudan diri mereka didlm lautan Makrifat.

6. Target hidup mereka bukan lagi kasihkan Syurga ataupun takutkan neraka, akan tetapi hanyalah semata2 Keredhaan Tuhan mereka, MARDHOTILLAH.

7. Kisah hidup Imam Nawawi R.A yg hanya makan sekali selepas Isya' dan hanya minum pd waktu sahur. Beliau telah mewaqafkan diri untuk jalan Islam dgn menuntut ilmu dan mengarang kitab. pernah beliau x berbaring dlm masa 2 tahun kerana terlalu asyik dgn menuntut ilmu. kehidupan beliau hanyalah semata2 dihabiskan utk mengajar,berzikir dan berpuasa.Meninggal dunia dlm usia 45 tahun dan belum sempat berumah tangga.

8. kisah Imam Ghazali dan Imam as-Syafie,mengabdikan diri bertahun2 lamanya bg menuntut ilmu, kisah seorg khalifah Abbasiah yg siangnya sibuk dgn urusan negara dan malamnya dgn beribadah, lantas seorg rakyat menanyakan setiausaha beliau akan waktu rehatnya, dijawab s/u itu, Khalifah hanya berehat ketika solat.

9. Kisah bgaimana Rabiatul Adawiyah,seorg perempuan solehah bertaraf wali,
pd waktu siangnya beliau berpuasa (hanya 5 hari beliau x berpuasa dlm setahun) sambil bekerja bg menampung makan dan minumnya seharian, manakala pd wktu malam, matanya bercucuran dgn air mata menangisi dirinya tanpa pernah meninggalkan solat sunat mutlak 1000 rakaat setiap mlm.

10. Sehingga pernah beliau pd suatu hari ditegur oleh seorg perempuan yg melihat beliau membawa sebekas air ditangan kanan dan api ditangan kiri, jwbnya aku ingin membakar Syurga,biar slpas ini, tiada org beribadat hanya kerana Syurga dan memadamkan api neraka agar selepas ini tiada org beribadat kerana takutkan neraka.

11. NAMUN, berbeza kita pd hri ini, mulut kita mengaku pejuang agama, tp hati kita penuh dgn hasad dan perasaan dengki. Berjuang kerana inginkan jawatan, dikatakan hebat, meninggalkan nama kpd generasi2 selepas dan lain2 kepentingan lg. Apakah kita telah lupa akan bai'ah kita ketika dialam Arwah dhulu yg mngaku Tuhan kita adalah Allah? Berjuang, ttpi hati masih berlumuran maksiat dan kehitaman tanpa usaha menghilangkannya.

12. Bertambah Sedih, apabila terdapat beberapa kelompok ddlm gerakan Islam, dgn bongkaknya condemn ulama2 serta para auliya' ini dgn mendakwa mereka dgn pelbagai dakwaan. bid'ah, sesat, jumud. taqlid buta dan bermacam2 lg. baru masuk universiti, ambil kos Ilmu wahyu, syariat Islam, Qur'an Sunnah x smpai setahun,tp berlagak umpama saintis Islam yg mgkaji ilmu2 al-Qur'an, as-Sunnah serta mghafal beribu2 hadis.

13. Apakah JAHILNYA MEREKA YG MEMPUNYAI PEMIKIRAN SEPERTI INI???
Dgn hanya berbekalkan ilmu2 yg baru 2-3 tahun mereka pelajari, mereka condemn AHLILLAH yg siang dan malam hidup mereka dgn Allah, mghafaz beratus2 ribu hadis, serta mujahid lagi sufi ini???

14. Golongan2 seperti ini ibarat mencari nahas dan bala Allah. Tidakkah mereka pernah mendengar yg Allah telah berfirman di dalam al-Quran, brgsiapa yg memusuhi dan menyakiti awliya'Ku,nescaya Aku Isytiharkan perang keatasnya.

SIAPAKAH KITA UNTUK CONDEMN MEREKA???

1 comments:

  1. Anonymous

    Subhanallah!!Sejuk mata memandang.. Hati menjadi khalis dipancari roh ketenangan sejenak meneliti kehidupan para wali ALLAH, kerana ia merupakan cebisan bayangan kehidupan Rasulullah S.A.W, qudwah yang tiada tolok tandingannya..Gembiranya hati ni x dapat digambarkan tatkala membaca entri yang enta post kali ni.. Tertarik ana dengan kisah Rabiatul Adawiyah terutamanya..Tolong banyak2kan lagi kupas tentang kisah2 sufi ye! Insya-ALLAH, ana yakin pada diri enta dan enta mampu (kerana 'roh saling mengenal').. Alhamdulillah, syukur, kelihatannya perkembangan enta semakin baik dalam pelayaran menyelami dunia kesufian dan permusafiran menjejaki perjalanan para Waliullah.. Berharap amat ana pada doa ikhlas dari seorang sahabat yang 'alim  lagi soleh ini ya..dalam merealisasikan impian ana! Akhirul kalam, teruskan usaha murnimu dalam mengemis cinta Ilahi, menggapai redho Robbi semata2 keranaNYA,  ya akhi!

    Syukran jazakallahu khairal jaza'!

    ~Siti Nurdiana

    April 26, 2009 at 8:06 PM